Toner dan kenapa anda patut masukkannya dalam rutin skincare

Toner adalah antara produk kecantikan yang mengelirukan.

Selalu dengar dan tengok orang lain pakai produk itu ini tapi takut nak tanya untuk apa toner ni sebenarnya? Anda berada di artikel yang betul.

Apa toner ni sebenarnya?

Dulu dalam 12 tahun yang lepas toning selalu dikaitkan dengan langkah yang mengeringkan kulit, kak Nita pun dulu tak suka dengan langkah toning ni. Tapi itu dululah, masa kebanyakan toner mengandungi kandungan alkohol yang tinggi.

Sekarang formulasi produk sudah berbeza. Toner sekarang mempunyai formulasi yang lebih canggih menjadikannya selamat dan berkesan dalam menambahbaik permukaan kulit.

Ia berfungsi untuk menjadikan kulit kita kelihatan lebih segar, lebih mulus dan tampak anjal.

Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kombinasi dan berminyak, ia boleh membantu mengurangkan saiz liang pori dan mengawal kandungan minyak di muka.

Bagi yang mempunyai kulit normal, kering ataupun sensitif, ia dapat mengurangkan kemerahan dan menghalang kulit daripada menjadi terlampau kering yang sampai berkeping tu.

Toner mencapai semua di atas dengan tiga fungsi penting:

  • menyediakan bahan aktif yang penting untuk kulit
  • menghidratkan dan memulihkan kulit rosak
  • memberikan fungsi cucian tambahan

Bila kita pakai toner ni?

Formulas yang baik mengandungi bahan aktif yang boleh mengubah rupa dan rasa kulit muka anda selepas rutin mencuci muka.

Macam mana proses toning buat semua ni?

Lepas kita buang makeup dan mencuci muka, walaupun dengan cleanser yang paling lembut, muka kita memerlukan pemulihan sebab cleanser tadi membasuh sekali zat-zat penting untuk muka kita.

Toner ni tadi mengembalikan balik zat-zat penting yang hilang ketika proses mencuci.

Formulasi yang bagus akan mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, agen kelegaan (macam aloe vera) dan juga bahan yang menghidratkan kulit.

Jadinya, waktu terbaik untuk memakai toner ni adalah seminit selepas kita selesai membilas cucian muka kita.

Bahan yang anda mesti elak dalam toner

Walaupun sekarang formulasi produk sudah canggih, beretika dan selamat, masih ada lagi toner yang diformulasikan dengan bahan yang bahaya untuk kulit.

Elakkan produk yang mengandungi 2 kandungan yang berikut:

Alkohol nakal yang menghakis kulit

Bila kita baca kandungan bahan sesuatu produk, cuba tengok ada tak dia tulis SD alcohol, denatured alcohol ataupun isopropyl alcohol. Kalau ada, letak balik dekat rak dan jangan beli.

Alkohol jenis ni adalah alkohol yang kasar dan boleh menghakis kulit anda.

Kandungan wangian yang berlebihan

Yang ni penting lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

Elakkan daripada membeli produk yang mempunyai terlalu banyak ekstrak air ros, citrus ataupun essential oil.

Produk macam ni selalunya akan dilabelkan sebagai freshener ataupun clarifier dan sebagainya.

Produk macam ni selalunya lari banyak daripada fungsi sebenar toner dan lebih kepada wangian untuk muka.

Yang tak bestnya, bahan wangian dalam tu boleh menyebakan kesan iritasi dan negatif lain kepada sesetengah pemakai.

Jadi, penting sangat ke kena pakai toner ni?

Sekarang kita dah tahu bahan apa yang patut kita elak, penting ke untuk tambah ada satu lagi langkah dalam rutin skincare anda?

Bila kita lakukan toning, apa yang berlaku adalah kita mengembalikan zat-zat penting yang hilang ketika proses pencucian berlaku.

Sekaligus, menyediakan kulit kita lebih baik untuk menerima rutin seterusnya seperti serum atau moisturiser.

Ia juga membantu membersihkan sisa kotoran makeup yang mungkin tertinggal semasa kita membasuh muka.

Bagi kak Nita, dengan formulasi yang betul, toning adalah langkah wajib yang ada dalam rutin skincare kak Nita.

Leave a Reply