Sunscreen: Betul ke kena pakai hari-hari?

Sunscreen ni macam bumbung rumah. Sekemas mana bata disusun, sebaik mana lantai konkrit pun, tak ada maknanya rumah tanpa berbumbung.

Ramai yang tanya kak Nita, kalau kerja ofis, jenis tak keluar sangat, masih perlu ke pakai sunscreen tiap-tiap hari?

Ya, dan ya, dan ya. Mesti pakai. Ini sebabnya.

Pernah tengok tak orang yang umurnya masih muda, tapi kulit dah mula lembik berkedut dan kusam?

Pernah tengok tak orang yang umurnya belum tua, tapi tona kulit dah tak sekata dan berjeragat?

Kesan ni semuanya datang daripada kerosakan yang dibawa oleh sinar UV matahari.

Lagi-lagi kita tinggal dekat Malaysia yang sentiasa mendapat sinar matahari sepanjang tahun, tak boleh nak lari mana.

Tak kiralah banyak mana pun pigmen yang ada dalam kulit kita, kita tak boleh nak lari daripada kesan negatif sinaran UV melainkan kita menggunakan produk seperti sunscreen atau sunblock.

Sebelum kak Nita sembang lebih lanjut, elok kalau anda semua fahamkan istilah yang selalu digunakan dalam produk sunscreen dan sunblock ni.

Apa maksud label UVA dan UVB, apa beza diantara dua label ni?

UVA = A dalam UVA ni merujuk kepada “Aging” ataupun penuaan.

UVB = B dalam UVB ni pula merujuk kepada “Burning” ataupun faktor pembakaran.

Sinar matahari mempunyai kedua-dua UVA dan UVB ni.

Apa maksudnya kalau dekat sunscreen kita tulis ‘protection from broad spectrum’ tu?

Maksudnya, suncreen itu boleh melindungi kulit anda daripada kedua-dua sinar UVA dan UVB. Untuk perlindungan daripada sinar UV yang lengkap, beli sunscreen yang macam ni.

SPF ni singkatan untuk Sun Protection Factor

Apa maksud SPF ni? SPF ni digunapakai untuk kita anggarkan jumlah sinar UVB yang diperlukan untuk membakar kulit bila kita pakai produk perlindungan tu.

Senang cerita berapa lama masa diperlukan sebelum kulit kita sunburn daripada sinar UVB.

Kalau anda jenis yang suka teknikaliti, formula kiraan SPF ni adalah seperti berikut:

Nombor SPF X Masa kulit terbakar tanpa perlindungan = Masa kulit terbakar dengan perlindungan

Untuk fahamkan lagi, contoh kita ada sunscreen SPF 30 dan purata masa yang diambil untuk kulit kita terbakar di bawah sinaran matahari adalah 10 minit.

Kalau kita pakai sunscreen tadi,

30 X 10 minit = 300 minit

Bermakna daripada 30 minit tadi, kulit kita yang dah disapukan sunscreen b0leh bertahan tak sunburn dalam masa 5 jam. (sebab tu kak Nita selalu reapply sunscreen setiap 4 jam bila di luar)

Orait dah hadam?

Maknanya lagi tinggi SPF sunscreen tu lagi bagus ke?

Selalunya kalau kita tengok dekat farmasi dan drugstore, sunscreen yang dijual selalunya berlabel SPF 15, 30 dan 50 kan? Tapi anda semua tahu tak diantara SPF 15 ke SPF 50 beza keberkesanannya hanyalah 4.67% sahaja?

Infografik di bawah menunjukkan keberkesanan setiap SPF melindungi kulit kita daripada sinar UVB.

 

Rahsia mudah memilih sunscreen

Produk yang melindungi kita daripada matahari ni datang dalam pelbagai bentuk.

Kalau kita pergi drugstore pun dah cukup dah. Penuh dengan pelbagai jenis produk, sunblocklah, sun creamlah, BB cream, CC cream dan banyak lagi istilah lain untuk produk yang ada SPF.

Untuk memudahkan anda semua, kak Nita kongikan rahsia apa yang patut kita tengok bila nak beli sunscreen ni.

Rahsianya adalah, kak Nita hanya beli sunscreen yang berasaskan zinc oxide sahaja.

Sebab apa?

Sebab zinc oxide berfungsi dengan memantulkan sinar UV. Tak macam bahan lain yang mana menyerap sinar UV dan menjadikan kulit kita menjadi panas.

Jadi lepas ni, kalau tak tahu nak pilih produk yang mana, belek sahaja bahagian ingredient dan cari mineral bernama zinc oxide.

Leave a Reply