Serum Dalam Skincare: Panduan Lengkap Mengenai Serum

Bila membelek topik serum dalam skincare ni kadang-kadang Kak Nita rasa macam kena sambung belajar balik dan ambik degree dalam skincare untuk fahamkan beribu jenis produk skincare dekat luar sana.

Bagi mereka yang baru nak bermula, antara item skincare yang kerap kali kita jumpa adalah serum. Dalam artikel ni Kak Nita himpunkan semua nota berkenaan serum yang anda perlu tahu sebelum keluarkan duit anda untuk membeli satu.

Apa itu serum dalam konteks skincare?

Serum dalam konteks skincare adalah produk yang memberi kandungan bahan aktif yang paling efektif dan terus kepada kulit muka kita.

Kalau kita bandingkan rutin skincare kita dengan fine dining experience, serum ni adalah ibarat main course. Sebab itulah kalau kita belek kandungan produk-produk serum ni, mereka mempunyai peratusan bahan aktif yang tinggi.

Kenapa saya perlu masukkan serum dalam rutin skincare saya?

Serum wajah ni terkenal sebagai produk skincare yang efektif. Oleh kerana kebanyakkan formulasi serum mempunyai molekul yang lebih kecil supaya mudah untuk meresap ke lapisan kulit terdalam.

Sebab itulah, serum adalah produk ‘go-to’, produk utama yang digunakan untuk menyelesaikan masalah spesifik yang ada pada kulit wajah. Contoh, masalah-masalah ni adalah seperti kedutan di muka, jeragat dan juga kulit kusam.

Jadi, jika anda sedikit berusia macam Kak Nita, dan ada masalah-masalah skincare seperti yang dinyatakan, bolehlah terus membaca jenis-jenis serum yang ada dalam pasaran skincare di bawah.

Jenis-jenis serum wajah beserta kelebihan yang ada dalam pasaran skincare

Untuk memudahkan pembacaan, Kak Nita pecahkan jenis-jenis serum yang sesuai bagi setiap masalah yang kerap kita jumpa berkaitan dengan skincare.

Anda akan nampak yang mana sesetengah bahan aktif akan berada dalam lebih daripada satu kumpulan disebabkan oleh keberkesanan bahan aktif tersebut.

Serum bagi melembapkan kulit muka

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering (kadang-kadang sampai merekah dan berkuping), penggunaan moisturizer sahaja tidak cukup. Sebaliknya, jika anda inginkan kesan yang lebih cepat, serum pelembap adalah jawapannya.

Soalan yang selalu Kak Nita dapat bila mengulas mengenai serum pelembap ni adalah: Apa beza antara moisturizer dan serum pelembap?

Mudahnya, serum pelembap ni mempunyai tekstur yang lebih cair dan ringan daripada moisturizer. Sebab tu lah serum pelembap boleh fokus untuk memberikan hidrasi pada kulit sehingga lapisan paling dalam.

Tugas serum pelembap ni bukanlah untuk menggantikan moisturiser tetapi adalah untuk meningkatkan lagi keberkesanan rutin skincare kita dalam melembapkan kulit.

Dalam kategori serum pelembap ni, bahan aktif utama yang perlu anda perhatikan adalah hyaluronic acid.

Berlainan daripada jenis produk skincare lain, serum dengan hyaluronic acid mempunyai pelbagai jenis hyaluronic acid yang berbeza bagi memastikan keberkesanan serum dalam membantu dan mengekalkan kelembapan muka anda.

Serum sebagai exfoliator membuang kulit mati

Serum juga digunakan bagi membantu pengelupasan sel kulit mati. Kenapa proses ni penting ya? Supaya muka tak nampak kusam dan kusut.

Berbanding daripada exfoliation berjenis fizikal seperti scrub, chemical exfoliation adalah lebih mesra kulit (jika dipakai dengan betul BACA artikel panduan exfoliator sebelum mencuba)

Serum seperti ini selalunya mempunyai kandungan AHA dan BHA. Penggunaan AHA dan BHA ini akan menjadikan kulit Kita lebih sensitif dengan cahaya matahari, jadi selalunya serum ini akan dipakai dalam rutin skincare malam sahaja.

Jika anda masih mahukan exfoliating serum dalam rutin skincare siang, anda perlu pastikan memakai sunblock kerapkali top up sunblock tapi di bawah panas matahari.

Serum sebagai pembantu mengawal kulit berjerawat

Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat, ada juga serum yang mempunyai bahan aktif yang membantu mengawal pertumbuhan jerawat baru dan meredakan jerawat sedia ada.

Bahan aktif yang selalu ada dalam produk serum sebegini adalah salicylic acid dan juga benzoyl peroxide.

Serum bagi menambahkan volume kulit wajah

Bagi mereka yang berusia sikit macam kak Nita, kita akan perasan yang mana kalau tak dijaga ada bahagian muka kita yang akan jatuh. Ini adalah disebabkan kulit wajah yang semakin kurang elastik, kurang lembapan dan juga kebolehan memegang lembapan yang berkurang.

Bahagian yang selalu terjejas dahulu adalah bahagian bawah mata dan juga bahagian pucuk pipi (cheekbones).

Ringkasnya, inilah masalah yang selalu kita labelkan sebagai volume wajah berkurang. Bagi masalah sebegini, serum yang membantu mengembalikan volume akan mengandungi bahan aktif yang memegang lembapan seperti hyaluronic acid.

Serum bagi menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan

Serum juga mempunyai fungsi dalam mencegah tanda-tanda penuaan di kulit wajah. Sebelum ini kita tahu bahawa hyaluronic acid membantu mengembalikan keanjalan dan ‘volume’ kulit.

Selain daripada hyaluronic acid, ada bahan aktif lain yang efisyen dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan dan diantara yang selalu diletakkan dalam serum adalah Vitamin C.

Vitamin C adalah antioxidant yang solid dan membantu mengurangkan kedutan dan garis halus di kulit.

Memakai serum dengan Vitamin C juga dapat mengembalikan seri wajah dan menghilangkan kekusaman daripada kulit muka.

Serum bagi mengurangkan tompok hitam dan gelap di muka

Bagi mereka yang selalu terdedah kepada sinar UV (matahari) setiap hari, kulit wajah boleh menjadi tidak sekata dan pigmentasi kulit lebih kerap berlaku.

Untuk mengelakkan pigmentasi atau mengurangkan pigmentasi, anda boleh gunakan serum yang mempunyai bahan aktif seperti glycolic acid.

Glycolic acid adalah sejenis AHA, jadi pastikan anda memakai sunscreen dalam rutin pagi anda secukupnya kerana AHA menjadikan kulit muka lebih sensitif kepada sinar matahari.

Cara memilih serum yang sesuai dengan kulit muka anda

Anda boleh memilih serum mengikut masalah muka yang anda ingin selesaikan, ataupun jika anda ingin mencuba serum dalam rutin skincare sedia ada, boleh rujuk kepada serum yang sesuai mengikut jenis kulit.

Serum bagi kulit berminyak :

Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, pilih serum yang mengandungi acid salicylic, retinol dan minyak rosehip seed.

Serum bagi kulit kering :

Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis kering, pilih serum yang mengandungi hyaluronic acid dan Vitamin C.

Serum bagi kulit normal :

Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis normal, pilih serum yang mengandungi gycolic acid. Ia membantu kekalkan kelembapan dan buat kulit muka segar dan sihat.

Serum bagi kulit sensitif :

Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif, pilihlah serum yang mengandungi zinc, arnica dan aloe vera bagi mengelakkan iritasi, kemerahan dan breakouts.

Cara menggunakan serum yang betul

Elakkan menggunakan kapas ataupun span penyerap lain bila anda menggunakan serum.

Kebanyakan serum adalah mahal, jadi untuk mengelakkan pembaziran, titikkan serum terus ke wajah dan gosokkan dengan dua jari anda sehingga anda rasa ia menyerap masuk elok ke dalam kulit.

Urutan penggunaan serum dalam rutin skincare

Untuk kesan yang lebih optimum daripada penggunaan serum, seeloknya masukkan penggunaan serum dalam rutin skincare siang dan juga malam anda.

Urutan penggunaan serum sedikit berbeza bagi rutin skincare siang dan malam.

Serum dalam rutin siang:

Bagi rutin siang, mulakan rutin anda dengan pencuci muka, toner (jika ada dalam rutin) dan kemudiannya barulah serum, diikuti dengan moisturizer dan sunscreen (WAJIB bagi serum yang mengandungi bahan aktif AHA dan BHA) .

Serum dalam rutin malam:

Bagi rutin malam pula, mulakan dengan membuang semua makeup dan sunscreen di muka anda, cuci muka seperti biasa, keringkan dan pakai serum. Jika anda mempunyai masalah kering, kombokan sekali dengan moisturizer.

Jika anda masih keliru dengan urutan penggunaan skincare yang betul, boleh klik artikel di bawah:

https://getjelita.com/urutan-penggunaan-skincare/

Kedai GetJelita
Kedai GetJelita

Leave a Reply