Susah untuk mengaku sebagai seorang wanita yang saya perlu buang misai, (dan bulu lain) setiap bulan. Tapi lagi susah menanggung malu dan rasa rimas untuk misai halus tersebut dibiarkan.
Saya masih ingat pertama kali ditegur rakan sekerja lelaki, ‘…eh perempuan pun boleh ada misai ke?’. Rasa macam nak lari masuk gua sembunyi lama-lama. Sejak daripada hari tu, malu memaksa saya untuk mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan misai halus.

Saya bermula dengan pergi ke salun khas hair removal. Sejujurnya, saya tak tahu apa-apa (baca:takut mencuba sendiri) dan nak tahu sendiri macam mana sebaiknya saya settlekan masalah ni.
Bila pergi salun waxing ataupun hair removal ni ada rasa kekok sikit. Tak tahu la orang lain macam mana, tapi saya ni pemalu.
Jadi, bila first time pergi tu and tengok list harga, memang lama nak fikirkan patut ke saya mintak dia ni buangkan bulu ketiak saya. Itu pun saya dah fikir lama, lagi la kalau nak ambik pakej buang bulu satu badan tu.
Tapi bermula kita tengok katalog tu dah boleh rasa macam orang yang jaga kita tu nak upsell. And memang betul, sebelum wax, semasa dan selepas wax macam-macam dia cuba upsell.
Saya tak rasa upsell ni salah, cumanya bila macam nampak mendesak dan pushy sangat ni memang buat rasa macam renyah pulak nak datang balik ke tempat-tempat waxing macam ni.
Tapi in the end, pergi jugak la berkali-kali sebab waxing ni lagi kemas daripada nak mencukur. Kalau nak cukur misai halus ni memang no-no, seram rasa membayangkan ada misai kasar sarjan tu.
Alternatif lain macam epilator tu sakit ya amat. Ya, saya jenis yang tak tahan sakit. Jadi, method macam epilator tu memang memberi trauma kepada diri.
“Eh tapi waxing tu bukan sakit jugak ke?”
Ya dan tidak. Kalau dapat dekat orang yang pandai buat, kadang-kadang tak rasa apa sangat pun. Tapi, kalau dapat ke orang baru, kasar, pergh terkeluar jugak la air mata sikit-sikit masa tarik strip tu.
Jadi, setiap kali pergi untuk waxing berserah dan berdoa sahaja la.
Sampai la satu hari, saya terjumpa orang bercakap tentang Strange Sugar, wax diperbuat daripada gula. Mula-mula dengar tu macam ‘serius la letak nama pelik macam ni’. Jadi, saya pun abaikan macam tu je la.
Hari demi hari makin ramai pulak yang puji produk Strange Sugar ni. Ramai yang bagi feedback yang Strange Sugar ni adalah cara yang paling kurang sakit untuk waxing.
Jadi, saya pun terus la beli satu tiub, masa tu Strange Sugar ni dijual dalam dua tiub yang berlainan. Satu pink untuk bulu yang degil, dan satu lagi ungu pastel untuk bulu roma yang lebih mudah diurus.
Ejen yang jual tu cadangkan saya beli tiub warna pink tu dulu. Mula-mula tu terkial-kial jugak la nak ikut arahan untuk prep sugar wax tu. Rendam dulu la, buat steps untuk prep kulit dan lain-lain.
Tapi lepas buat tu rasa puas hati betul! Kemas dan tak rasa apa pun sangat. Dan yang paling penting tak perlu gosok baju tudung bersiap makeup untuk keluar rumah pun kalau nak pergi wax! Buat sendiri depan cermin je. Jimat kos dan mudah.
Jadi misi saya selepas ini adalah untuk cuba buat bikini wax pulak dengan Strange Sugar. Masa saya beli haritu, memang ejen tu ingatkan saya untuk cuba body parts yang kita boleh tengok dulu seperti upper lip dan kaki sebelum cuba bikini wax.
Kena biasakan diri dulu, tengok macam mana salun khas hair removal buat baru boleh cuba nak buat bikini wax.
Berdasarkan pengalaman pendek saya dengan Strange Sugar, saya boleh cakap yang produk ni sesuai untuk mereka yang nak cari waxing kit simple yang boleh dibuat dari rumah.
Memang ada banyak waxing kit lain di luar sana tapi Strange Sugar adalah kit yang paling simple dari segi penyediaan yang saya pernah jumpa.
Nak tahu dengan lebih lanjut? Cubalah sendiri!