SomeByMi Miracle Toner ni adalah di antara produk skincare yang hangat dibincangkan di sosial media dan juga membelah bahagikan kalangan penggemar skincare kepada dua kem yang berbeza. Ada yang suka dan ada yang tak suka? Jadi macam mana ni, bagus ke tak produk ni sebenarnya?
Jerawat selalu sangat naik tak menentu?
Jerawat lambat sangat nak susut sampai sempat orang tegur?
Patut jerawat buat kulit muka semakin kusam?
Pertama kali kak Nita dengar pasal SomeByMi Toner ni pendapat kak Nita adalah wow beraninya nama produk ni.
Kenapa kak Nita cakap macam tu?
Sebab satu, dia berani menggunakan perkataan miracle toner dalam banyak-banyak toner yang ada di luar sana. Kedua, siap letak perkataan ’30 days’ menggambarkan yang toner ni akan mengubah rupa kulit wajah anda dalam masa 30 hari.
AHA BHA PHA Miracle Line
SomeByMi ni adalah salah satu item yang ada dalam AHA BHA PHA Miracle line. Kesemua item dalam line ni mengandungi kandungan hydroxy acid yang mana dikatakan membantu untuk mencegah dan menghilangkan jerawat anda dalam masa 30 hari.
Apa yang ada dalam keseluruhan line ni?
- SomeByMi AHA BHA PHA 30 days Miracle Cleansing Soap (106 g)
- SomeByMi AHA BHA PHA 30 days Miracle Toner (150 ml)
- SomeByMi AHA BHA PHA 30 days Miracle Serum (50 ml)
- SomeByMi AHA BHA PHA 30 days Miracle Cream (50 ml)
Apa SomeByMi miracle toner ni sebenarnya?
SomeByMi ni adalah salah satu jenis toner yang datang dalam botol 150 ml yang mempunyai empat kebaikan daripada empat jenis bahan aktif, AHA, BHA, PHA dan tea tree oil.
Pertama, AHA untuk memudahkan proses pengelupasan sel kulit mati.
Kedua, BHA untuk membuang lebihan sebum yang ada di muka.
Ketiga, PHA untuk menghalang lembapan daripada mudah keluar daripada kulit muka anda.
Keempat, tea tree oil, untuk mencegah dan merawat kulit muka berjerawat.
Macam mana nak pakai SomeByMi miracle toner ni?
Kak Nita pakai toner ni dua kali sehari, sekali di waktu pagi dan sekali lagi di waktu petang.
Secara terperinci, kak Nita gunakan toner ni sejurus selepas mencuci muka dan dikeringkan dengan tuala bersih,
Oleh kerana teksturnya yang sedikit cair, kak Nita cadangkan, jelitawan sekalian gunakan cotton swab ataupun cotton pad untuk applykan toner ni kepada keseluruhan wajah anda.
Kak Nita selalu akan titikkan 3 titik dahulu ke cotton pad, sapu dan top up setitik jika perlu sehingga keseluruhan muka diratakan dengan toner ni.
Masih tak pasti nak apply apa dulu dan apa turutan yang betul? Boleh tengok urutan pemakaian skincare yang betul kat sini.
Senarai kandungan SomeByMi miracle toner
- Water
- Butylene glycol
- Dipropylene glycol
- Glycerin
- Niacinamide
- Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract
- Carica Papaya (Papaya) Fruit Extract
- Hamamelis Virginiana (Witch Hazel)
- Nelumbo Nucifera Germ Extract
- Swiftlet Nest Extract
- Sodium Hyaluronate
- Adenosine
- Hydroxyethyl Urea
- Salicylic Acid
- Lactobionic Acid
- Citric Acid
- Sodium Citrate
- 1,2-Hexanediol
- Benzyl Glycol
- Ethylhexylglycerin
- Raspberry Ketone
- Mentha Piperita (Peppermint Oil)
Mengikut senarai kandungan dekat atas ni, kak Nita boleh nampak majoriti bahan aktif toner ni jatuh dalam kategori chemical exfoliant.
Bahan-bahan aktif dalam kategori ni membantu pengelupasan kulit dengan lebih baik dan membenarkan kulit wajah pulih sebaiknya.
Berikut merupakan senarai chemical exfoliant yang ada mengikut jenis hydroxy acid masing-masing.
AHA: Citric acid (500ppm = 0.05%)
BHA: Salicylic acid (100ppm = 0.01%)
PHA: Lactobionic acid
Sesuai ke SomeByMi miracle toner dengan saya?
Siapa sebenarnya yang paling sesuai untuk guna produk SomeByMi Miracle Toner ni? Mengikut kajian tim GetJelita, produk ni sangat magikal untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat.
Ada diantara mereka yang mencuba dah mula nampak jerawat berkurangan dan muka semakin clear seawal tujuh hari. Tapi, suka untuk kak Nita ingatkan yang mana keputusan daripada sesuatu produk akan mempunyai variasi yang berlainan bagi setiap pengguna.
Dari segi sensitiviti, ada mereka yang berkulit sensitif masih lagi rasa produk ni sedikit kasar untuk kulit mereka, walaupun begitu ada diantara jelitawan lain yang mempunyai kulit sensitif merasakan produk ini lembut dan boleh digunakan dalam rutin harian.
Jika anda mempunyai kulit sensitif, kak Nita cadangkan untuk anda buat patch test terlebih dahulu sebelum apply toner ni ke seluruh wajah anda.
Dekat Malaysia, mana boleh beli SomeByMi miracle toner ni?
Sayang sekali SomeByMi Miracle Toner ni tak boleh didapati daripada farmasi dan drugstore di Malaysia setakat ni.
Walaubagaimanapun, ia mudah didapati di kedai-kedai online berikut seperti Hermo, Lazada dan Shopee.
Kak Nita sendiri cadangkan untuk anda beli di Shopee kerana kebanyakan kali bila Kak Nita tengok harganya selalu lebih murah dan ada kedai yang terjamin ketulenannya.
Seeloknya elakkan daripada jenis sample yang dipakejkan semula ya!