Hada Labo terkenal dengan pilihan produk skincare yang menjadi ‘Holy Grail’ bagi kebanyakan individu. Kali ini, kita lihat bagaimana Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash ini mungkin akan menjadi pencuci muka terbaik buat jelitawan sekalian.
Mencari pencuci muka yang tak keringkan kulit?
Mencari pencuci muka drugstore terbaik?
Mencari pencuci muka yang membersih dan juga melembapkan kulit muka anda?
Pertama sekali sebagai salah seorang daripada mereka yang mempunyai masalah kulit muka kering, Kak Nita mengagumi dan cintakan pencuci muka ni, jadi bagi review kali ini, Kak Nita dibantu oleh beberapa editor lain yang juga mencuba Hada Labo Hydrating Face Wash untuk mengelakkan Kak Nita daripada puji melambung produk ni.
Apa itu Gokujyun?
Gokujyun bermaksud lebih melembapkan. Gokujyun ini adalah salah satu daripada lineup yang ada di bawah payung Hada Labo. Produk skincare dalam lineup ini mudah untuk dibezakan yang mana didatangkan dengan bungkusan dan label berwarna putih.
Satu lagi lineup yang mempunyai bunyi yang lebih sama adalah Shirojyun yang bermaksud mencerah dan melembapkan.
Kenapa ada nama Super Hyaluronic Acid dalam produk pencuci muka ni?
Kak Nita dulu pernah tertanya-tanya ada beza ke diantara Super Hyaluronic Acid ni dan juga Hyaluronic Acid biasa? Jawapannya, ada.
Hyaluronic Acid ni adalah bahan semulajadi yang boleh dihasilkan oleh badan kita yang boleh menyimpan lembapan. Contoh yang terdekat adalah selaput lendir yang melindungi mata kita. Ia juga dihasilkan secara semulajadi oleh kulit, sendi dan juga tisu yang lain.
Mengikut Hada Labo, Super Hyaluronic Acid ini adalah dua kali ganda lebih baik dalam mengekalkan dan menyimpan lembapan. Ia adalah ramuan rahsia yang dilindungi paten yang mana mengekalkan lembapan ke beberapa lapisan epidermis kulit kita.
Macam mana nak pakai Hada Labo Super Hyaluronic Acid Face Wash?
Pertama sekali, sebelum mencuci muka pastikan anda dah buang dan cuci sebaiknya semua makeup di muka. Kemudian, sebaiknya dengan air suam, basahkan dahulu keseluruhan muka anda.
Picitkan sedikit pencuci muka dalam saiz duit syiling 20 sen dan gosokkan sehingga sedikit berbuih di tangan. Ratakan dan urut di muka anda dalam gerakan bulat-bulat kecil gitu.
Dah selesai, bilas dengan air secukupnya.
Senarai kandungan Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash
- Water
- Butylene Glycol
- Sodium Myristoyl Glutamate
- Sorbitol
- Sodium Methyl Cocyl Taurate
- Sodium Lauroyl Glutamate
- Cocomide DEA
- Myristic Acid
- Glyceryl Stearate
- Sodium Chloride
- Lauric Acid
- PEG-40 Hydrogenated Castor Oil
- Polyglyceryl-2 Isostearate
- Polyquaternium-7
- Methylparaben
- Sodium Acetylated Hyaluronate
- Hydroxypropyltrionium Hyaluronate
Siapa yang sesuai menggunakan produk Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash?
Kebanyakan daripada produk Hada Labo diformulasikan bagi hampir kesemua jenis kulit.
Boleh ke pakai kalau walaupun saya ada kulit berminyak dan berjerawat?
Boleh, formulasi Hada Labo bersifat noncomedogenic yang bermaksud tidak menyumbatkan liang pori anda. Kalau anda mempunyai kulit berminyak dan berjerawat selalunya adalah kerana kulit anda tidak mendapat lembapan yang baik. Sekaligus, menyebabkan kulit menghasilkan lebih minyak dan menyebabkan muka berjerawat.
Boleh ke pakai walapun saya ada masalah kulit sensitif?
Boleh, produk Hada Labo bebas daripada wangian, mineral oil dan juga pewarna. Produk Hada Labo juga diformulasikan dengan imbangan pH yang baik untuk kulit. Walaubagaimanapun, Kak Nita masih mencadangkan anda buat patch test dulu sebelum mencuba sepenuhnya.
Dekat Malaysia, mana boleh beli Hada Labo Superhyaluronic Acid Hydrating Face Wash ni?
Produk ni mudah dijumpai di mana-mana drugstore yang berdekatan. Antara drugstore yang menjual produk ni adalah seperti yang berikut:
- Watson
- Guardian
- Aeon Wellness
Sebelum membeli tu anda boleh semak dulu harga di kedai-kedai online yang berikut: