Nak Putihkan Kulit Muka? Ini Bahan Aktif Pencerah Yang Anda Perlu Tahu.

Kalau anda mempunyai matlamat skincare untuk memutihkan kulit muka, kak Nita percaya ada banyak pilihan yang ada di luar sana. Kadang-kadang jadi makin pening bila nak memilih. Kak Nita selalu dapat soalan, “… kalau nak putihkan kulit muka apa produk yang patut saya pakai ya?”.

Jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, kena kena faham dulu apa bahan aktif yang akan membantu matlamat nak putihkan kulit muka ni dan apa yang paling sesuai dengan kulit muka jelitawan sekalian.

Bahan aktif putihkan kulit muka yang terbukti berkesan

Ada 4 bahan aktif pencerah yang terbukti keberkesannya dalam mencerahkan kulit muka. Bahan-bahan aktif tersebut adalah vitamin C, niacinamide, alpha arbutin dan juga azelaic acid.

OK, tapi diantara keempat-empat ni yang mana yang sesuai dengan kulit muka saya? Jom kita fahamkan macam mana bahan-bahan aktif ni berfungsi dan apa yang sesuai dengan anda.

Vitamin C: Bahan aktif pencerah dan juga anti penuaan

Vitamin C adalah diantara bahan aktif yang popular di kalangan produk untuk mencerahkan kulit. Bukan itu sahaja, vitamin C juga terkenal dengan keupayaannya untuk membantu menyembuhkan tisu kulit kita secara tersendiri, menjadikannya antara pilihan bahan aktif utama bagi produk kurang bintik hitam di muka.

Vitamin C juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi untuk membantu kita daripada kerosakan radikal bebas yang menjadikan kulit muka lebih tua. Antioksidan dalam vitamin C ini juga membantu menaikkan kadar kolagen semulajadi daripada kulit, sememangnya bahan aktif anti penuaan terunggul. Gitu.

Vitamin C dalam pelbagai bentuk, dan bagi mereka yang berkulit sensitif cuba dahulu vitamin C dalam bentuk yang lebih ringan seperti ascorbyl glucoside ataupun ethylated L-ascorbic. Bagi mereka yang berkulit normal, boleh cuba vitamin C dalam bentuk yang lebih efektif seperti L-ascorbic.

Dan bila kita menggunakan produk skincare yang mengandungi vitamin C ni, pastikan kita tak lupa untuk pakai sunscreen, kerana kulit muka kita akan lebih sensitif dengan cahaya matahari.

Niacinamide: Bahan aktif pencerah dan efektif dalam mengurangkan parut jerawat

Niacinamide ini adalah salah satu daripada bentuk vitamin B3. Ia bukan sahaja mencerahkan  kulit muka malah membantu anda untuk bebas daripada jerawat. Kak Nita sangat sukakan bahan aktif ni sebab ini apa yang kak Nita gunakan dari semasa ke semasa terutamanya ketika hormon tak stabil dan jerawat mula muncul di muka.

Niacinamide ni membantu pengawalan sebum dan mengurangkan minyak di muka tanpa mengeringkan kulit muka anda. Bahan aktif yang terbaik bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Kak Nita juga akan cadangkan niacinamide ni bagi mereka yang mempunyai masalah jeragat. Bahan aktif ini berfungsi mengurangkan dan menghilangkan jeragat dengan menghalang pigmen daripada sel lagi dan mengurangkan kadar melanin yang dihasilkan di kawasan jeragat.

Senang cerita, jeragat lama akan makin pudar dan ia akan menghalang jeragat baru daripad terbentuk.

Alpha Arbutin: Bahan aktif pencerah buat mereka yang mempunyai kulit sensitif

Nak kulit putih gebu tapi anda mempunyai kulit yang sensitf? Alpha arbutin adalah rakan skincare terbaik anda.

Bukan sahaja efektif dalam meratakan tona kulit anda, ia juga adalah bahan aktif paling lembut dan tidak menyebabkan iritasi berlebihan. Alpha arbutin juga terkenal dengan sifat anti penuaan dan membantu menghilangkan kulit kusam dengan berkesan. Silap-silap boleh tampak 5 tahun lebih muda! Bahan aktif ini selamat untuk rutin pagi dan malam jelitawan sekalian.

Azelaic Acid: Mempercepatkan pertumbuhan sel kulit muka, efektif dalam merawat jeragat dan memutihkan muka

Seperti niacinamide, bahan aktif ini mempunyai pelbagai fungsi dalam merawat dan menjaga kulit muka anda. Sesuai buat mereka yang gemarkan konsep minimalis dan sederhana dalam rutin skincare.

Azelaic acid ini adalah salah satu contoh alpha hydroxy acid yang mana sejenis chemical exfoliant. Ia selalunya diekstrak daripada gandum dan bijirin yang mana membantu pengelupasan sel kulit mati secara lembut.

Sekaligus menjadikan kulit muka kita lebih putih gebu, halus dan mulus. Azelaic acid juga berkesan dalam mengurangkan rasa bengkak-bengkak dan kemerahan di bawah kulit. Sesuai buat mereka yang mempunyai masalah jerawat dan juga rosacea.

Kak Nita cadangkan untuk menggunakan azelaic acid ini buat rutin malam sahaja kerana kulit kita akan lebih sensitif dan seeloknya elakkan daripada terkena sinar cahaya matahari.

Apa cara putihkan kulit muka dengan cepat?

Cara terbaik untuk putihkan kulit muka dengan cepat adalah dengan memahami keperluan mengikut jenis kulit muka dan pilih produk yang mengandungi bahan aktif yang sesuai.

Kak Nita harap sedikit sebanyak artikel ni membuka kefahaman jelitawan sekalian mengenai bahan aktif yang ada dalam produk skincare. Ingat, buat pilihan berdasarkan jenis kulit muka dan pastikan anda patch test terlebih dahulu sebelum guna.

Leave a Reply