Amazon mempunyai lebih daripada 310 juta pengguna aktif, dan ya berjuta produk skincare juga dijual dalam laman portal tersebut. Kak Nita sekali sekala suka untuk menjengah ke sana dan tengok produk skincare mana yang mendapat sambutan hangat di Amazon daripada pengguna serata dunia.
Berikut merupakan produk skincare 5 bintang mengikut Amazon yang anda boleh beli dengan mudah di Malaysia tanpa perlu tempah di Amazon.
1. Thayer’s Alcohol-Free Coconut Water Witch Hazel With Aloe Vera Toner
Dengan lebih 10,000 review 5 bintang di Amazon, produk ini senantiasa menjadi rebutan bagi komuniti skincare di sana. Rahsianya? Ekstrak hazel dan gabungan aloe vera membantu membersih dan melembapkan kulit muka, mengetatkan liang pori dan mengawal minyak lebihan di muka.
Kualiti ekstrak hazel yang tinggi membolehkan produk mereka mempunyai kandungan tannin yang optimum yang mana bertindak sebagai antioksidan dan juga memberi nutrien tambahan kepada kulit.
Anda boleh dapatkan produk Thayer’s Alcohol-Free Coconut Water Witch Hazel With Aloe Vera Toner dengan mudah melalui Hermo.my
2. Mario Badescu Drying Lotion
Mario Badescu Drying Lotion mempunyai reputasi terkenal dalam merawat jerawat pasir. Ada di antara reviewer di Amazon yang mengatakan produk ini magikal dan mengikut review mereka sapu sahaja di waktu malam dan whitehead anda akan hilang keesokan paginya. Tak percaya? Cubalah sendiri.
Anda boleh dapatkan produk Mario Badescu Drying Lotion dengan mudah melalui Sephora.
3. Aztec Secret Indian Healing Clay
Produk ini mempunyai lebih 13,000 review 5 bintang di Amazon dan selalu menjadi bualan para influencer kecantikan di seluruh dunia.
Produk ini kak Nita pernah dengar dia dipanggil sebagai mask paling berkesan di dunia. Bahan aktif yang ada dalam mask ni adalah 100% calcium bentonite clay semulajadi dan sangat efektif membantu membuang sel kulit mati dan memberikan efek halus dan mulus pada wajah anda.
Anda boleh dapatkan produk Aztec Secret Indian Healing Clay dengan mudah melalui Lazada.
4. New York Biology Dead Sea Mud Mask
New York Biology Dead Sea Mask diformulasikan khas buat semua jenis kulit. Antara bahan yang ada dalam produk skincare ini adalah mineral, aloe vera, ekstrak chamomile, vitamin A, minyak bunga matahari dan juga minyak jojoba.
Ramai reviewer yang mengatakan mask ini memberikan mereka rasa seperti terapung di permukaan laut setelah menggunakannya.
5. Garnier SkinActive Micellar Cleansing Water
Produk ini bukan sahaja diminati di Amazon tapi juga menjadi antara produk kegemaran pengunjung drugstore di Malaysia. Produk ini menjadi pilihan bagi mereka yang memilih rutin double cleansing dan efektif dalam mencuci dan menyegarkan muka anda.
Produk Garnier SkinActive Micellar Cleansing Water mudah didapati di hampir seluruh drugstore yang ada di Malaysia.
6. LilyAna Naturals Retinol Cream Moisturizer
Dengan lebih daripada 3,000 review 5 bintang di Amazon, ini merupakan moisturizer yang popular di kalangan penggemar skincare.
Produk ini popular dalam merawat parut di muka, kerosakan akibat sinar UV, jeragat dan juga kedutan halus di muka.
Kandungan produk ini yang mengandungi hyaluronic acid, vitamin E, teh hijau, shea butter, dan minyak jojoba membantu mengimbang kesan pengeringan retinol dengan baik.
Anda boleh dapatkan produk LilyAna Naturals Retinol Cream Moisturizer dengan mudah melalui Lazada.
7. Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Gel Face Cream
Produk kesayangan mereka yang mempunyai jenis kulit muka kering. Mempunyai bahan aktif hyaluronic acid yang tinggi yang boleh memegang lembapan 1,000 kali ganda lebih baik daripada air.
Anda boleh dapatkan produk Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Gel Face Cream dengan mudah melalui kebanyakan drugstore di Malaysia.
8. Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA Liquid Exfoliant
Paula’s Choice terkenal dengan kejujuran mereka dalam memformulasikan produk skincare yang lembut dan mesra kepada kulit wajah. Produk ini seperti namanya mempunyai 2% beta hydroxy acid yang menyelesaikan masalah liang pori tersumbat, membuang sel kulit mati dan mengurangkan garis halus di muka. Tak lupa juga membantu meratakan tona kulit dan juga mencerahkan.
Anda boleh dapatkan produk Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA Liquid Exfoliant dengan mudah melalui Lazada.
9. Cerave Moisturizing Cream
Satu lagi moisturizer kegemaran dunia. Cerave merupakan diantara produk drugstore yang digemari ramai. Krim pelembap ini boleh digunakan di muka dan juga di badan dan sesuai untuk mereka yang berkulit normal dan kering.
Krim ini membantu melindungi skin barrier dan memastikan kulit anda sentiasa lembap dan sihat.
Anda boleh dapatkan produk Cerave Moisturizing Cream dengan mudah melalui kebanyakan drugstore di Malaysia.
10. EltaMD UV Clear Facial Sunscreen Broad-Spectrum SPF 46
Inilah dia sunscreen kegemaran dunia. Diformulasikan khas bebas minyak dan mengandungi zinc oxide yang melindungi anda daripada sinar UVA dan juga UVB.
Teksturnya ringan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, mudah berjerawat dan juga jeragat.
Anda boleh dapatkan produk EltaMD UV Clear Facial Sunscreen Broad-Spectrum SPF 46 dengan mudah melalui Lazada.