Pencuci muka.
Dalam mana-mana rutin skincare, mencuci muka adalah langkah pertama yang anda perlu lakukan sebelum pergi ke rutin yang lain.
Walaupun bunyinya simple, memilih cleanser yang sesuai dengan jenis kulit muka anda boleh jadi mengelirukan lebih-lebih lagi dengan lambakan produk kecantikan yang ada kat luar sana.
Oleh sebab yang demikian kak Nita sediakan artikel ni supaya anda boleh faham setiap jenis cleanser yang ada di pasaran dan kesesuaian setiap satu dengan kulit muka anda.
Bagi kak Nita, ciri-ciri cleanser yang baik mestilah bersifat lembut, membersih tanpa mengeringkan kulit, tidak bersifat menghakis, tidak membuat muka berasa berminyak ataupun terlampau ketat selepas dibilas, dan juga bebas daripada wangian berlebihan.
Setiap kali orang tanya kak Nita mengenai cleanser apa yang sesuai untuk mereka, ciri-ciri ni lah yang kak Nita akan tekankan.
Pencuci muka jenis buih (foaming cleanser)
Cleanser jenis ni adalah terbaik dalam membersihkan kebanyakan jenis makeup, mudah dibilas bersih, dan memberikan kesan kulit lembut dipegang bila selesai pencucian.
Walaupun cleanser ni sebenarnya tidak perlu berbuih untuk berkesan, kebanyakan orang suka bila ada buih, ada juga yang rasa tak puas bila basuh muka tak ada buih.
Pencuci muka jenis foaming cleanser ini sesuai untuk kulit jenis kombinasi, berminyak dan juga mereka yang ada kulit muka yang mudah breakout.
Pencuci muka jenis gel
Pencuci muka jenis gel ni sesuai untuk mereka yang lebih gemar cleanser yang ringan dan pada masa yang sama menghidratkan kulit, memberi kesan kesegaran bila selesai mencuci.
Ia juga boleh menanggalkan makeup ringan dan mascara.
Pencuci muka jenis gel ni sesuai untuk mereka yang berkulit normal, kombinasi, berminyak dan juga mereka yang mempunyai kulit muka yang mudah berjerawat.
Pencuci muka jenis krim boleh bilas dan losyen
Ni adalah antara produk cleanser yang lembut sekali, rasanya memang ala-ala sutera gitu kulit muka selepas dibilas.
Ia melembapkan kulit muka sambil mencuci.
Formulasi krim ni membentuk semula lapisan lipid yang hilang dalam proses kita mencuci.
Pencuci jenis ni selalunya memerlukan bantuan makeup remover untuk mencuci makeup yang tebal.
Pencuci muka jenis krim boleh bilas dan losyen ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif.
Pencuci muka jenis micellar water (cleansing water)
Pencuci jenis ni sesuai digunakan untuk rutin pada sebelah petang disebabkan kebolehan mereka untuk membersihkan segala jenis makeup tebal dan degil.
Walaubagaimanapun, micellar water ni selalunya digandingkan bersama cleanser yang lain yang selalunya adalah cleanser yang berasaskan minyak; rutin ni lebih dikenali sebagai double cleansing.
Ideal untuk semua jenis kulit
Pencuci muka berasaskan minyak
Pencuci muka jenis ni sesuai digandingkan bersama pencuci muka yang lain seperti foaming, losyen dan juga micellar water bagi mereka yang menggemari rutin double cleansing.
Clenser jenis ni digemari oleh pengguna makeup tegar kerana kebolehannya menanggalkan makeup dan meninggalkan kulit berasa lembut dan licin selepas cucian.
Sesuai untuk semua jenis kulit dan salah satu komponen dalam rutin double cleansing.
Pencuci muka jenis balm dan krim tak perlu bilas
Bagi mereka yang memerlukan ekstra lembapan dalam rutin mencuci muka, inilah dia jenis cleanser yang terbaik.
Krim ni selalunya perlu dilap dengan kain yang bersih.
Elakkan penggunaan tisu untuk mengelap kerana tisu bersifat lebih kasar dan akan merosakkan kulit.
Ideal untuk mereka yang mempunyai kulit yang mudah eczema dan juga mereka yang berkulit kering.
Pencuci muka dalam bentuk ketulan sabun
Jenis pencuci yang kak Nita paling tak suka. Masalah dengan sabun ketul ni bila dia bersihkan muka kita, dia bersihkan sekali skin barrier kita dan mengganggu permukaan kulit.
Kesannya, kulit akan menjadi kering dan berasa ketat. Kadang-kadang boleh menyebabkan liang pori kita tersumbat dan tona kulit tak rata.
Jangan cuci muka dengan sabun ketul!