Dah lebih sedozen toner yang kak Nita beli dan cuba untuk kongsikan dengan jelitawan semua. Dan di antara banyak-banyak yang kak Nita cuba tu, I-Mju’s Hatomugi Skin Conditioner adalah yang paling berbaloi daripada segi harga.
Selalu sangat duduk dalam aircond sampai kulit kering?
Nak kulit rasa mulus dan halus?
Nak mencari toner ala ala losyen?
Bagi siapa yang duduk dalam aircond tu, produk ni sesuai dipakai sebagai toner yang melembapkan kulit. Oleh sebab harganya yang super berbaloi, tak lah rasa bersalah sangat untuk dipakai dekat tangan dan leher jugak tau.
Kak Nita, tak pernah dengar pun nama I-Mju ni?
I-Mju adalah jenama produk di bawah jenama besar Naturie. Dari segi jenama, bagi Kak Nita Naturie ni tidaklah sepopular Hada Labo ataupun SK-II di Malaysia, tetapi ia adalah antara jenama skincare terkenal di Jepun.
Moto I-Mju adalah lebih kepada kemesraan kepada alam sekitar. Kesemua produk yang dibuat menggunakan ekstrak daripada bahan semulajadi tanpa bahan pengawet dan wangian sintetik.
Macam mana nak pakai I-Mju’s Hatomugi Skin Conditioner ni?
Cara nak pakai dia mudah saja, biasanya lepas kita cuci muka, kita boleh apply Hatomugi Skin Conditioner ni macam pakai losyen. Ratakan saja kepada keseluruhan muka. Kiranya macam kita selalu apply toner tu.
Kalau dalam ofis, selalunya kak Nita akan apply gunakan cotton pad, sebab kadang-kadang ragu dengan kebersihan tangan gitu. Ikutlah kesesuaian.
Dari segi banyak mana, selalunya kak Nita tak kedekut bila guna produk ni sebab dia banyak dan murah. Tapi jangan la banyak sangat tau sampai berlecak muka, anggarkan dalam satu kolam (besar duit 50 sen wau tu) di telapak tangan tu dah cukup untuk muka dan leher.
Dan selalunya kak Nita akan lengkapkan rutin dengan pakai moisturiser selepas kak Nita pakai produk ni.
Masih tak pasti nak apply apa dulu dan apa turutan yang betul? Boleh tengok urutan pemakaian skincare yang betul kat sini.
Senarai kandungan I-Mju’s Hatomugi Skin Conditioner
- Water
- Butylene Glycol
- Dipotassium Glycyrrhizate
- Coix Lacryma Jobi (Job’s Tears) Seed Extract
- Styrene/Acrylates Copolymer
- Dipropylene Glycol
- Alkohol
- Citric Acid
- Sodium Citrate
- Methylparaben
- Propylparaben
Ramuan utama yang kak Nita suka dalam ni adalah Coix Lacryma Jobi (Job’s Tears) Seed Extract yang mana merupakan bahan aktif utama. Ekstrak ni adalah bahan semulajadi yang kaya dengan vitamin B1 dan B2.
Vitamin B1 dan B2 ni buat apa?
Secara ringkasnya dia boleh membantu mengawal masalah jerawat dan jugak meratakan tona kulit muka. Kira macam bonus la selain daripada ramuan lain yang khusus untuk melembapkan kulit.
Sesuai ke I-Mju’s Hatomugi Skin Conditioner dengan saya?
Bagi kak Nita yang mempunyai jenis kulit muka kering ni, produk ni bantu melembapkan kulit dengan pantas. Dari segi rasa pada kulit, produk ni tak rasa melekit langsung kalau nak dibandingkan dengan banyak lagi toner lain kat luar sana.
Dari segi bau pula, produk ni tak mempunyai bau yang kuat. Warna dia hampir kepada susu cair dan tidak memutihkan muka bila dipakai. Senang kata tak ada white cast macam pakai sunscreen tu.
Dan yang paling penting, boleh pakai produk dekat tangan, kaki dan lain-lain selain muka. Senang, lagi-lagi bila nak bercuti, pack satu jenis toner sahaja dah boleh cover semua.
Seperti biasa, tak kira ‘holy grail’ macam mana sekalipun, tak ada lagi produk yang kak Nita jumpa sesuai digunakan oleh semua orang.
Sama lah jugak dengan produk ni pun.
Satu-satunya kelemahan Hatomugi Skin Conditioner ni adalah dia mempunyai alkohol.
Walaupun, produk ni tak mempunyai bau alkohol yang kuat (boleh kata macam tak ada bau alkohol langsung), ia masih boleh menyebabkan iritasi bergantung kepada sensitiviti kulit.
Kalau tak pasti kulit sensitif atau tak kepada produk ni, boleh cuba buat patch test dulu.
Dekat Malaysia, mana boleh beli I-Mju’s Hatomugi Skin Conditioner ni?
Kalau anda tinggal dekat dengan mall, anda boleh cari produk ni di:
- SaSa
- Watsons
- Guardian
- Aeon Wellness
Tapi oleh disebabkan produk ni popular dan diminati ramai, kak Nita selalu tengok kedai dan farmasi besar ‘out of stock’.
Sebelum membeli tu anda boleh semak dulu harga di kedai-kedai online yang berikut:
Semak harga di HermoSemak harga di ShopeeSemak harga di Lazada