Moisturizer yang mana paling kena dengan muka anda?

Moisturizer, tak semua produk pelembap di luar sana sesuai untuk anda. Jadi, macam mana anda nak tahu apa yang sesuai dengan kulit muka anda?

Dalam artikel ni kak Nita akan jelaskan satu demi satu jenis pelembap yang ada di luar sana daripada jenis yang paling ringan seperti face mist sehinggalah kepada moisturizer paling hardcore dalam bentuk ointment.

Moisturizer dalam bentuk face mist

Pelembap muka jenis ni selalu kita nampak dalam bentuk botol sembur yang comel-comel tu. Kadang-kadang, dia ada datang sekali dengan bahan seperti vitamin.

Produk ni elok dipakai bila kita perlukan lembapan yang cepat dan mudah.

Jadinya, produk ni sesuai untuk mendapatkan ‘dewy’ look bila kita buat makeup kita. Dan sekali sekala nak refreshkan muka kita bila lama sangat duduk bawah air cond dekat ofis tu.

Face mist ni bagus untuk mengelakkan daripada kulit kita menjadi terlampau kering.

Tapi, lembapan daripada produk ini sahaja tak cukup ya untuk mengekalkan lembapan di kulit muka kita ya.

Moisturizer dalam bentuk serum

Anda ada masalah dengan rupa dan tona kulit muka anda sekarang?

Dengan serum, anda boleh cari produk yang boleh menyelesaikan masalah anda dengan lebih spesifik.

Nak hilangkan kedutan di muka? Nak hilangkan jeragat? Hilangkan kulit kusam? Serum boleh selesaikan semua masalah ni.

Oleh kerana sifatnya yang ringan dan mudah meresap, serum ni umpama kereta yang bagus untuk membawa bahan aktif yang diperlukan untuk kulit anda. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang mudah berminyak.

Dan sebab itulah serum ni boleh jadi antara produk termahal yang ada dalam rutin skincare anda.

Moisturizer dalam bentuk losyen

Losyen ni adalah pelembap yang sedang-sedang, dia masih lagi ringan (tapi tak seringan serum) dan juga tak seberat macam krim.

Selalunya losyen ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan kombinasi.

Kalau anda nak cari losyen pastikan anda buat patch test dulu untuk memastikan losyen tu tak menyumbatkan liang pori anda.

Losyen juga akan meninggalkan kesan “dewy” untuk kulit anda.

Moisturizer dalam bentuk krim

Pelembap jenis krim ni lebih berat daripada serum dan losyen, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang mudah kering.

Ingat ya, lagi kering muka anda, lebih berat produk pelembap yang anda patut gunakan.

Bila kita bercakap mengenai krim ni pulak, ada bezanya antara produk yang dilabelkan sebagai krim siang dan krim malam.

Apa bezanya kak Nita?

Krim malam ni selalunya lebih berat berbanding krim siang. Daripada segi formulasi produk pulak, krim malam tak mempunyai SPF.

Formulasi krim malam ni sesuai untuk mereka yang nak hilangkan kesan penuaan pada kulit.

Moisturizer berasaskan minyak

Bila kak Nita sebut minyak, jangan pulak anda ingat macam minyak masak kat rumah tu. Bukan.

Ada jenis-jenis minyak khas yang sesuai untuk dipakai di muka ya.

Kalau anda mempunyai kulit jenis kering, sensitif dan menunjukkan tanda-tanda penuaan, pelembap jenis ni sesuai untuk anda.

Tapi, kalau kulit anda jenis yang mudah breakout ataupun sedang breakout, jauhkan daripada pakai pelembap jenis ni ya.

Moisturizer dalam bentuk ointment

Ini adalah pelembap yang paling berat sekali dan selalunya mempunyai kandungan bahan asas petroleum yang tinggi.

Ointment ni selalunya digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit yang super sensitif, ataupun mempunyai masalah eczema.

Ointment ni jugak kak Nita pernah guna bila kak Nita sunburn masa zaman malas nak pakai sunblock dulu.

Jangan main beli mana-mana moisturiser je

Ingat ya, sebelum membeli apa-apa produk, asasnya kita kena faham jenis kulit yang kita ada dulu dan apa masalahnya.

Kalau main beli je, besar kemungkinan kita macam menyiram minyak ke api, muka makin teruk.

Duit habis hasilnya pun tarak. Sedih o.

Leave a Reply