Walaupun Malaysia ni mempunyai udara yang lembap, bagi jelitawan yang macam kak Nita ni, masalah kulit kering masih lagi nyata dan membolehkan kulit muka kita kelihatan kusam dan tak bermaya.
Masa kak Nita masih buta ilmu skincare dulu, bertempek la makeup untuk jadikan muka hilang kusam dan tampak lebih berseri.
Jadi apa cara terbaik untuk mengatasi masalah kulit muka kering dan mengelupas?
Cara terbaik untuk elak masalah kulit kering adalah dengan memastikan anda mandi dengan air sejuk atau air suam dan bukannya air panas, dan sejurus selepas mandi pastikan anda menggunakan moisturizer yang baik untuk kulit muka anda.
Eh itu je ke kak Nita? Ya, itu adalah asas terpenting untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan mengelupas macam kak Nita. Sebelum kak Nita pergi lebih lanjut lagi mengenai penjagaan rapi bagi kulit muka kering ni, kita belajar dulu kenapa mandi air panas tu tak elok bagi mereka yang mempunyai kulit muka kering.
Kenapa tak boleh basuh muka dengan air panas?
Air panas ni sifatnya mengeringkan, dia akan jadi ala-ala exfoliator semulajadi, dan sekaligus bagi mereka yang berkulit kering ni akan menjadi lebih kering. Sebolehnya, biasakan tabiat mandi air sejuk dan kalau tak tahan sangat minimalkan suhu air yang digunakan ketika mandi. Satu lagi, cuba limitkan waktu mandi anda kepada 10 minit sahaja setiap sesi. Air pun jimat, kulit pun selamat.
Apa lagi yang saya perlu elak untuk jaga kulit muka daripada kering dan mengelupas?
Ada beberapa tabiat yang mungkin kita tak sedar menyebabkan kulit muka menjadi lebih kering. Antaranya adalah:
- Menggunakan sabun buku.
- Berendam terlalu lama dalam tab mandi. Ya, terlampau lama terdedah kepada air juga akan bagi masalah kepada mereka yang mempunyai kulit kering.
- Terdedah kepada persekitaran yang mempunyai udara kering seperti di pejabat yang berhawa dingin.
Untuk mereka yang bekerja dalam keadaan berhawa dingin, cuba dapatkan humidifier untuk menambah kelembapan di udara sekitar anda. Tak perlu yang mahal-mahal pun, boleh saja beli humidifier mini dan letakkan di tepi laptop anda ketika bekerja.
Sekarang, kita dah tahu apa tabiat atau perkara yang patut dielakkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan mengelupas. Sekarang, kita tengok pula macam mana nak membina rutin skincare khas untuk mereka yang mempunyai masalah ni.
Bahan yang perlu anda cari dalam produk skincare yang sesuai untuk kulit kering.
Secara ringkasnya bahan aktif yang kita perlu cari adalah bahan yang melembapkan kulit. Berikut adalah contoh bahan-bahan aktif pelembap yang kak Nita akan selalu cari dalam skincare:
- Acetic Acid
- Dimethicone
- Glycerin
- Hyaluronic Acid
- Jojoba Oil
- Lanolin
- Mineral Oil
- Petrolatum
- Shea Butter
Untuk bahagian ni, kak Nita akan bahagikan mengikut asas utama rutin skincare, rutinnya sama dengan rutin asas skincare, cuma kak Nita cadangkan untuk kurangkan exfoliator fizikal terlebih dahulu dalam rutin anda lebih-lebih lagi jika kulit anda mengelupas.
Apa cleanser yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan mengelupas?
Pencuci muka yang sesuai adalah pencuci muka yang mencuci kotoran tanpa menghilangkan minyak dan sebum berlebihan daripada muka anda. Antara label yang selalu digunakan untuk pencuci muka sebegini adalah hydrating, moisturizing cleanser dan milk cleanser.
Berikut adalah di antara pencuci muka yang dicadangkan:
- First Aid Beauty Face Cleanser – Secara peribadi kak Nita sukakan yang ni sebab dia tak mempunyai pewangi dan boleh membersihkan lebihan makeup di muka dengan efektif.
- Dr.Jart+ Dermaclear Micro pH Foam Facial Cleanser – Lepas pakai ni memang muka tak rasa ketat dan kandungan pH nya rendah. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif.
Apa toner yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan mengelupas?
Pemilihan toner bagi kulit kering kering mementingkan elemen pelembap seperti mana pencuci muka, label yang selalu digunakan adalah conditioner, hydrating lotion dan hydrating toner. Elakkan memilih produk yang mempunyai alkohol serta paraben.
Berikut adalah di antara toner yang sesuai bagi kulit muka kering:
- Klairs Supple Preparation Facial Toner – Kak Nita suka teksturnya dan dia cepat meresap ke dalam kulit. Datang dengan saiz mini yang mudah untuk di bawa ke mana-mana.
- Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion (Rich) – Walaupun teksturnya sedikit melekit, kak Nita masih suka sebab lepas pakai muka terus rasa segar dan lembap.
- Hatomugi Hydrating Lotion – Di antara produk toner pelembap terbaik pada harga yang berpatutan. Masalahnya adalah ia mempunyai alkohol, elakkan jika anda mempunyai kulit kering dan sensitif. Berbaloi untuk di cuba.
Apa moisturizer yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan mengelupas?
Ini adalah di antara produk terpenting untuk mereka yang mempunyai kulit kering kerana moisturizer seperti namanya berfungsi untuk melembapkan kulit. Jikalau anda mampu dapatkan juga moisturizer yang sesuai untuk digunakan untuk rutin skincare malam anda.
Berikut adalah di antara moisturizer yang sesuai untuk kulit muka kering:
- Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly – Sesuai digunakan untuk rutin siang kerana diformulasi khas bagi melawan pencemaran di bandar. Teksturnya tidak berminyak dan melekit bila digunakan.
- COSRX Advanced Snail 92 All In One Cream – Walaupun renyah kerana kak Nita perlu guna spatula untuk guna produk ni, kesan melembap daripada produk ni adalah antara yang terbaik dan tahan lama.
Apa sunscreen yang sesuai bagi mereka yang mempuyai kulit kering dan mengelupas?
Akhir sekali, tak kiralah musim hujan atau mendung, mereka yang mempunyai kulit muka kering ni wajib untuk mempunyai sunscreen pelembap.
Berikut adalah di antara sunscreen yang sesuai untuk kulit muka kering:
- Cosrx Aloe Soothing Sun Cream (SPF 50+) – Kak Nita suka bau sunscreen ni dan yang penting teksturnya tak berminyak dan melekit. Tak ada white cast jadi muka tak nampak bertepung sebaliknya nampak lebih glowy.
- Biore UV Aqua Rich Watery Essence (SPF50++++) – Sesuai untuk aktiviti yang memerlukan perlindungan cahaya matahari yang lebih menyeluruh. Contohnya macam bercuti ke pantai atau bermain sukan outdoor. Teksturnya sedikit melekit tapi masih ringan dan nipis.