Perlu ke untuk double cleansing ni?
Semua rutin kecantikan yang baik bermula dengan membasuh muka, tapi macam mana dengan double cleansing ni? Perlu ke untuk basuh muka sampai dua kali? Tak cukup bersih ke kalau basuh sekali je?
Ke double cleansing ni adalah satu lagi hype kosong dalam dunia kecantikan? Buang duit dan masa saja?
Kak Nita mempunyai soalan yang sama masa kali pertama dengar mengenai rutin double cleansing ni, dan artikel ini adalah himpunan nota kak Nita berkaitan double cleansing.
Baca dan hadam untuk tahu adakah double cleansing ni sesuai untuk anda.
Apa kaedah double cleansing ni?
Kaedah double cleansing ni adalah teknik mencuci muka yang mula digunakan oleh wanita Korea. Kaedah ini adalah merupakan pasak utama dalam rutin penjagaan kulit muka mereka.
Kak Nita pun baru tahu mengenai kaedah ni daripada kawan kak Nita yang gila-gilakan K-beauty culture.
Secara asasnya kaedah rutin ni adalah mencuci muka dua kali berturut-turut.
Rutin ini melibatkan dua jenis cleanser yang berbeza. Satu, adalah cleanser yang berasaskan minyak (oil based cleanser) atau cleansing balm. Satu lagi adalah dengan pencuci biasa yang berasaskan air atau produk seperti water-soluble cream, gel dan losyen.
Kenapa perlu ada cleanser berasaskan minyak?
Minyak, sama ada sumbernya daripada mineral ataupun tumbuh-tumbuhan, sangat berkesan dalam menghilangkan kotoran daripada makeup dan juga formulasi produk sunscreen/sunblock kita.
Lebih-lebih lagi formulasi produk moden yang kita ada sekarang (bukan produk kilo tu tau) mempunyai sejenis bahan yang kita panggil emulsifier.
Emulsifier ni membenarkan minyak untuk bercampur dengan air, menjadi satu cecair putih seperti susu ataupun emulsion. Cecair ini mudah untuk dibilas berbanding dengan minyak semata-mata.
4 langkah mudah kaedah double cleansing
Kalau anda nak cuba kaedah ni, waktu yang kak Nita sarankan adalah untuk cuba pada waktu malam hari anda keluar bekerja. Sebab, masa tu kita ada banyak makeup dan juga sunscreen di muka.
Boleh ikut 4 langkah mudah yang berikut:
- Pakai oil based cleanser dulu. Letakkan sedikit cleanser tadi di telapak tangan anda dan mula urutkan di seluruh kulit muka dalam urutan bulatan kecil. Urut dalam tempoh masa seminit macam tu.
- Bilaskan dengan lembut, seeloknya dengan tuala basah yang tak kasar sangat.
- Pakai cleanser biasa anda. Letakkan sedikit di telapak tangan dan sapukan ke kulit muka yang masih lembap tadi. Urutkan juga dalam urutan bulatan kecil selama 30 saat.
- Bilas cleanser tadi dengan air bersih dan keringkan kulit muka anda dengan tuala kering. Siap!
Jadi, patut ke saya cuba rutin double cleansing ni?
Konsep utama di sebalik rutin ni adalah untuk membersihkan kotoran berasaskan minyak dahulu sebelum kita mencuci muka seperti biasa. Secara saintifiknya, minyak menarik minyak dan air menarik air.
Hasilnya adalah sesi mencuci muka yang lebih menyeluruh.
Walaubagaimanapun, kak Nita tak rasa yang semua orang wajib guna rutin ni. Kalau anda jenis yang tak pakai makeup sangat (ataupun tak langsung) maka anda tak perlu ikut cara ni.
Ada je formulasi cleanser di luar sana yang boleh mencuci kedua-dua jenis kotoran ni dengan sekali cucian. Wah bunyi macam iklan basuh baju pulak.
Tapi, bagi mereka yang selalu mengenakan makeup dan selalu menggunakan sunscreen yang banyak (bagi mereka yang bekerja di luar), kak Nita cadangkan anda mencuba rutin ni untuk memastikan kulit muka anda dibasuh dengan menyeluruh.
Rutin ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit muka berminyak, sebabnya oil-based cleanser lebih efisyen dan lembut dalam membasuh kulit muka anda.
Pendek kata, tak salah mencuba rutin ni lebih-lebih lagi bagi mereka yang ada kulit berminyak dan selalu mengenakan makeup dan sunscreen.
One reply on “Double cleansing: perlu ke cuci muka sampai 2 kali?“