Apa kaitan jenis kulit muka saya dengan skincare yang saya nak pakai?
Lebih 79% daripada wanita dekat luar sana pakai produk yang salah — yang tidak sesuai dengan jenis kulit muka mereka dan ini boleh meyebabkan kulit muka lebih mudah ‘breakout‘.
Kosmetik dan produk kecantikan mempunyai formulasi yang berbeza untuk pelbagai jenis kulit tau, jadi untuk tahu produk apa yang anda patut beli kenalah faham apa jenis kulit muka yang kita ada dulu.
Selalu sangat kak Nita dapat emel dan Whatsapp orang tanya saya ni kulit jenis apa ya?
Walaupun kak Nita boleh bagi cadangan dan anggaran melalui selfie yang awak hantar, adalah lebih baik untuk anda sendiri tentukan jenis utama kulit muka anda sendiri dengan cara yang betul.
Jenis-jenis kulit muka yang utama adalah
- jenis kulit kering
- jenis kulit berminyak
- jenis kulit kombinasi
- jenis kulit normal (walaupun namanya normal ini jenis kulit paling rare sekali)
- jenis kulit sensitif
8 langkah mudah untuk kenali jenis kulit muka anda
Jadi, kak Nita, macam mana saya boleh tahu apa jenis kulit muka yang saya ada? Caranya, tak susah. Ikut sahaja 8 langkah mudah yang kak Nita dah tuliskan untuk anda semua.
1. Bersihkan semua makeup.
Kak Nita sarankan, kalau kita masih belum tahu apa jenis kulit yang kita ada, pakai makeup remover yang oil-free ataupun bebas minyak terlebih dahulu. Sebabnya, oil-free makeup remover ni lebih mesra kulit dan tak kasar dekat kulit.
Jadi tak kiralah apa jenis kulit yang anda ada — tak akan ada masalah untuk pakai oil-free makeup remover ni. Orang yang ada kulit sensitif dan berjerawat suka makeup remover jenis ni sebab dia lembut.
2. Basuh muka anda.
Basahkan dahulu muka anda dengan air suam sebab kita nak liang pori kita terbuka. Bila liang pori terbuka lebih mudah untuk facial cleanser yang kita guna untuk keluarkan kotoran dan lebihan sebum di muka.
Lepas dah basahkan dengan air suam, picit sikit sahaja cleanser (besar syiling 50 sen baru tu) dan ratakan bermula dengan t-zone terlebih dahulu dan kemudian ke keseluruhan muka.
Lepas dah ratakan semua bilas dengan air bersuhu biasa. Dan bila kita nak keringkan pat ataupun tepuk perlahan dengan tuala yang kering dan bersih. Jangan lap kulit muka kasar-kasar tau, sebab kulit muka kita tak selasak kulit tapak kaki.
Penting: Jangan pakai cleanser lebih daripada apa yang kak Nita sarankan sebab kalau ter’over’ guna dia boleh mengeringkan kulit muka kita.
3. Tunggu selama sejam.
Jangan letak apa-apa kat muka anda. Tak kiralah moisturizer ke, ubat jerawat ke, jangan dulu. Biarkan muka anda berehat tanpa apa-apa produk selama satu jam.
Dalam tempoh sejam tu seeloknya jangan sentuh muka sangat.
4. Tekup sebahagian muka anda dengan tisu muka.
Ingat, tisu muka tau, bukannya tisu lapik dekat dapur tu. Seeloknya, untuk bahagian ni, gunakan 1-ply tisu muka sahaja. Lebih senang untuk kita perhatikan minyak kulit muka kalau ada.
Dengan 1-ply tisu muka tapi, tepukkan perlahan kepada bahagian t-zone.
T-zone adalah bahagian batang hidung bersambung dengan bahagian bawah dahi di atas kening
Kalau, ada minyak di tisu, anda mempunyai sama ada jenis kulit muka berminyak ataupun kombinasi.
5. Rasa kulit muka anda.
Kalau anda rasa sedikit ketat di muka — besar kemungkinan anda mempunyai kulit jenis kering.
Kalau anda mempunyai kulit yang berminyak anda akan rasa kulit anda bersih dan selesa.
Untuk kulit kombinasi, anda mungkin rasa selesa di t-zone tapi rasa ketat di bahagian muka yang lain.
Bagi mereka yang merasakan kulit muka mereka ketat, gatal dan kepedihan anda mempunyai kulit muka yang sensitif.
…ataupun mungkin cleanser yang anda pakai mempunyai bahan yang berbahaya!
6. Lihat muka anda di depan cermin
Kalau anda boleh nampak kulit anda bersinar-sinar maknanya anda mempunyai kulit yang berminyak.
Kalau anda nampak ada kawasan kulit muka yang kemerah-merahan dan berkuping kering, maknanya anda mempunyai kulit kering ataupun sensitif.
Kalau ada dua-dua macam mana kak Nita? Maknanya anda ada kulti jenis kombinasi la tu.
7. Perhatikan saiz liang pori.
Kalau anda mempunyai kulit yang normal, liang pori anda akan kelihatan. Ingat itu normal.
Ambik jarak dua langka ke belakang daripada cermin, kalau anda masih boleh nampak liang pori anda, bermakna anda mempunyai kulit berminyak.
Kalau tidak, tak perasan langsung, anda mempunyai kulit jenis kering.
Kalau ada bahagian yang nampak, ada yang tak ada, kulit jenis kombinasi.
8. Cubit sikit pipi anda.
Bila kita cubit kulit muka kita, bahagian kulit muka yang senang berkedut adalah bahagian kulit muka yang kering atau sensitif.
Kalau rasa anjal dan kembali tegang bermakna jenis kulit tu berminyak.
Untuk bahagian ni, faktor umur juga mempengaruhi keanjalan kulit anda, kalau anda berumur 40 tahun ke atas, cara ni tak boleh nak pakai sangat untuk menentukan jenis kulit anda.
Dah tahu apa jenis kulit muka anda?
Kak Nita harap jelitawan sekalian dah tahu dan faham apa jenis kulit muka yang anda ada. Lepas ni senang untuk shopping skin care dan makeup yang sesuai dengan jenis kulit muka anda.
Cuba kongsikan jenis kulit muka yang anda ada dkeat bahagian komen kat bawah, kak Nita nak tahu berapa ramai yang ada jenis kulit kombinasi macam kak Nita.
fitrah
hai sis. saya dah buat skin test tu and hasil yang saya dapat semua kertas tisu tu melekat kecuali dekat dagu. so macam mana tu? saya buat tu time bangun tidur pagi and malam tu tak pakai apa apa langsung. tapi kulit saya tak berminyak pun. time bangun pagi je macam tu. kulit saya tak menggelupas. rasa ketat pun tak. jadi saya konfius jenis kulit saya.
Anita Jelita
Nita rasa sis ada kulit jenis kombinasi, sekarang musim panas jadi bahagian kulit yang berminyak akan jadi lebih aktif.
taehyungfans
Hai kak Nita, mntx sy share tips kak Nita boleh tak?