4 jenama produk skincare bertaraf dunia dengan harga mampu milik

Jenama produk skincare bertaraf dunia yang tidak menghancurkan poket.

Siapa kata kita perlu habiskan beribu-ribu ringgit untuk skincare? (kata orang yang habiskan lebih RM10,000 untuk skincare tahun lepas) Tapi, lepas kak Nita membeli lah yang kak Nita sedar kebanyakan produk yang betul berkesan dan terbaik banyak datang daripada jenama skincare yang mampu milik.

Dalam artikel kak Nita akan kongsikan jenama produk skincare yang mempunyai kualiti yang tinggi tetapi mempunyai harga yang jauh lebih rendah berbanding pesaing mereka yang mempunyai kualiti produk hampir sama.

4 jenama produk skincare dengan harga mampu milik

Berikut merupakan jenama produk skincare yang lebih mesra dompet:

  1. Hada Labo
  2. Cosrx
  3. Mario Badescu
  4. Simple

1. Hada Labo

Hada Labo merupakan jenama skincare yang berasal daripada Jepun. Hada Labo mengikut laman mereka bermaksud sempurna dan ringkas.

Perfect X Simple

Falsafah jenama Hada Labo

Falsafah Hada Labo juga mengikut maksud namanya yang mana mereka menyasarkan impian untuk memberikan anda produk skincare yang ringkas, sempurna dan menaikkan keyakinan diri.

Hada Labo tidak menggunakan bahan pengawet berlebihan, pewarna, pewangi ataupun minyak mineral yang membebankan kulit. Mereka hanya fokus kepada bahan aktif yang betul-betul diperlukan sahaja dan berkualiti tinggi.

Produk skincare Hada Labo yang terkenal adalah Hada Labo Super Hyaluronic Acid (Gokujyun) Moisturizing Lotion yang mana boleh dijumpai dengan mudah di Malaysia sekitar harga RM10.85 bagi saiz 30 ml.

Falsafah ringkas dan sempurna Hada Labo ditambah dengan produk yang murah menjadikan mereka jenama produk skincare bertaraf dunia dengan harga mampu milik.

2. Cosrx

Cosrx merupakan jenama produk skincare yang berasal daripada Korea. Syarikat kecantikan dan kosmetik ini mempunyai lebih sedekad pengalaman dalam bidang kecantikan kulit muka.

Falsafah Cosrx dalam memformulasikan produk mereka adalah minimalis dan berfungsi. Ini bermakna Cosrx akan menggunakan bahan aktif yang perlu sahaja dalam formulasi produk skincare mereka.

Minimalistic and Functional Cosmetic by imperatively necessary ingredients

Falsafah jenama Cosrx

Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Cosrx adalah sedikit sahaja namun begitu ia lebih efektif dan mesra kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif dan masalah jerawat.

Antara produk Cosrx yang popular adalah Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser. Ia boleh dibeli di Malaysia melalui Hermo, Shopee dan juga di Lazada. Harga Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser ni bermula daripada RM27 sehingga RM43 bagi saiz 150ml.

3. Mario Badescu

Mario Badescu merupakan jenama produk skincare bertaraf dunia yang berasal daripada Amerika Syarikat. Diasaskan pada tahun 1967 daripada apartmen Mario Badescu sendiri di Manhattan, produk ini mempunyai peminat yang ramai yang mana membuatkan produk ini hidup lebih 50 tahun sehingga kini.

Simple, gentle and effective.

Falsafah jenama Mario Badescu

Dengan falsah mereka ringkas, lembut dan efektif, Mario Badescu mempunyai produk yang terkenal dengan produk merawat jerawat, produk anti penuaan dan mesra dengan pelbagai jenis kulit.

Produk Mario Badescu yang terkenal adalah Mario Badescu Drying Lotion, yang ni boleh didapati di Sephora, Lazada dan Shopee. Harga bagi Mario Badescu ni bermula daripada sekitar RM81 sehingga RM91 bagi saiz 29 ml.

4. Simple

Simple adalah produk kecantikan yang salah satu syarikat yang berada di bawah payung besar Unilever. Simple mempunyai pendapat yang mana semua jenis kulit boleh menjadi kulit sensitif juga. Falsafah simple adalah kebaikan dari hati untuk semua yang kami lakukan.

Kindness is at the heart of everything we do.

Falsafah jenama Simple

Produk Simple diformulasikan sesuai bagi mereka yang berkulit sensitif. Antara janji Simple adalah seperti yang berikut:

  • Bebas daripada pewangi tiruan.
  • Bebas daripada pewarna tiruan.
  • Bebas daripada alkohol.
  • Bebas daripada sabun.
  • Tiada phthalate tambahan.
  • Tiada silikon.
  • Tiada paraben tambahan.

Dalam semua jenama yang ada dalam senarai ni, kak Nita rasa Simple adalah jenama yang paling mudah dibeli dan dijumpai di Malaysia kerana anda boleh mendapatkannya di kebanyakan drugstore atau farmasi berdekatan.

Produk Simple yang paling popular adalah Simple Kind to Skin Foaming Facial Cleanser. Harganya adalah sekitar RM19 bagi saiz 150 ml.

Leave a Reply