Jangan Cukur Dulu, Ini 3 Cara Lebih Baik Untuk Hilangkan Bulu di Bahagian Kemaluan.

Satu badan dah mula berbulu?

Hari ini dah hari ke-61 semenjak Perintah Kawalan Pergerakan bermula di Malaysia. Dalam tempoh PKP ni salun dandan rambut dan juga salun waxing semuanya ditutup.

(Update daripada 2 September: Kebanyakan salun sudah dibuka dengan SOP pematuhan khas dikeluarkan oleh KKM.)

Bila dah banyak hari ni mulalah bulu-bulu di seluruh badan meliar. Daripada misai halus upper lips sehinggalah ke bahagian private parts semuanya dah mula merimaskan.

Bagi kelompok yang selesa, baguslah. Kalau anda macam kak Nita, jenis yang cepat rimas dengan bulu panjang-panjang ni, boleh teruskan membaca.

Kita mulakan dengan cara yang paling tim kami di GetJelita tak suka. Bercukur!

Cukurlah Malaysia masih aman bukanlah slogan yang baik

Bercukur ataupun menggunakan shaver ni adalah level paling mudah untuk mengawal pertumbuhan bulu-bulu liar di badan. Ia mudah kerana shaver murah dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Ia juga mesra newbie kerana kebanyakan daripada kita mula nak buang bulu ni diperkenalkan dengan shaver. Walaupun begitu, ada beberapa masalah yang akan datang dengan mencukur.

Contohnya, bulu selepas bercukur tumbuh lebih cepat kalau dibandingkan dengan cara buang bulu yang lain seperti waxing dan IPL. Dalam proses tersebut boleh jadi kita akan hadap masalah kegatalan disebabkan ingrown hairs dan kalau tak jaga hygiene betul-betul boleh membawa kepada folliculitis.

Selalunya bulu akan kembali panjang dalam masa 2-3 hari selepas kita bercukur. Bulu yang naik selepas bercukur ni selalunya naik seakan-akan lebih kasar sebab dia tak dibuang daripada akar. Jadi, rasa rimas tu akan datang balik untuk kita cukur lagi bulu kita tadi.

Terlebih bercukur di tempat yang sama lebih-lebih lagi di kawasan Miss V boleh menyebabkan kecederaan mikro kepada kulit. Bagi sesetengah individu ini boleh menyebabkan kulit di kawasan celah kelangkang tampak lebih gelap berbanding bahagian dalam peha.

Kalau bercukur bukanlah cara terbaik, apa alternatif lain untuk buang bulu?

IPL atau laser treatment? Ada beza ke antara dua ni?

Kedua-dua cara iaitu laser treatment dan intensed pulse light (IPL) menggunakan prinsip menghapuskan bulu yang sama. Mereka berfungsi dengan menggunakan cahaya untuk cahaya ini diserap oleh objek berpigmen tinggi (ya objek ni bulu gelap kita tu).

Proses serapan ni menghasilkan haba menghapuskan folikel bulu sekaligus melambatkan pertumbuhan bulu. Bulu baru yang akan tumbuh pula adalah lebih halus daripada sebelumnya.

Beza diantara laser dan IPL adalah pada sumber cahayanya. IPL menggunakan spectrum cahaya yang pelbagai manakala laser pula menggunakan spectrum cahaya yang lebih spesifik.

Panjang lagi kak Nita boleh terangkan mengenai perbezaan diantara dua teknologi ni, tapi bagi artikel ni cukup untuk kita tahu kedua-dua cara ini efektif dalam membuang bulu dan mengawal pertumbuhan bulu kembali.

Kalau betul alternatif ni lebih bagus kenapa tak ramai yang guna?

Walaupun sekarang dah mula ada pelbagai teknologi IPL di pasaran dan sesetengah cukup kecil untuk digunakan di rumah, kak Nita masih rasa treatment laser ataupun IPL ni lebih elok dibuat oleh pakar estetik.

Oleh kerana ini memerlukan mereka untuk be vulnerable ataupun berbogel di depan pakar iaitu orang tak dikenali, laser treatment ataupun IPL ni bukanlah pilihan kebanyakan mereka di Malaysia.

Faktor lain kenapa ramai tak guna adalah laser treatment dan IPL memerlukan lebih kurang 4-8 sesi sehingga pertumbuhan bulu anda berada di tahap ideal dan setiap sesi treatment ni adalah mahal berbanding cara buang bulu yang lain.

Kalau untuk bahagian private parts spesifiknya Brazilian ni selalunya dalam RM149 – RM500 untuk satu sesi sahaja.

Krim buang bulu ni selamat ke?

Satu lagi cara untuk buang bulu yang makin popular sekarang adalah krim buang bulu ataupun nama omputihnya depilatory cream. Krim ni diformulasikan mengandungi bahan kimia bersifat alkali yang boleh mencairkan bulu.

Bulu yang cair ni kemudiannya boleh dilap begitu sahaja. Wow, bunyi macam mudah dan senang, tapi… selamat ke?

Secara amnya, krim buang bulu ni selamat untuk digunakan. Namun begitu, banyak kes yang terjadi bila krim ni tersalah pakai.

Krim buang bulu ni mempunyai formulasi yang berlainan bagi bahagian badan yang berlainan tau. Kebanyakan yang ada di farmasi dan drugstore hanya sesuai untuk tangan dan kaki sahaja.

Tapi, ada juga yang main guna suka hati dan tak baca manual penggunaan serta main letak je dekat bahagian private parts dan bahagian kulit sensitif yang lain. Kesannya, jadilah gatal-gatal, kemerahan dan kulit membengkak disebabkan oleh chemical burn.

Kesan kerosakan kulit ni jugak boleh terjadi bila krim ni dibiarkan terlalu lama di atas kulit melebihi waktu yang ditetapkan dalam manual arahan.

Kesimpulannya, walaupun formulasi krim buang bulu ni selamat, kecuaian dan masalah salah pakai ni sering berlaku di kalangan pengguna baru krim buang bulu. Maka, berhati-hatilah dan jangan malas membaca bila nak mencuba.

Daripada skala 1 ke “Ya rabbi”, berapa sakitnya waxing ni?

Waxing ni adalah cara kegemaran tim kami di Getjelita. Waxing adalah cara buang bulu paling ‘value for money’ kalau dibandingkan dengan alternatif hair removal yang lain. Lebih-lebih lagi jika anda memilih untuk buat sendiri di rumah.

Waxing adalah cara buang bulu yang digeruni kebanyakan orang oleh kerana waxing selalu dikaitkan dengan cara buang bulu paling sakit. Jujurnya, masa kali pertama kak Nita cuba waxing sendiri, itu adalah fakta. Waxing menyakitkan.

Walaubagaimanapun, sekarang dah makin banyak jenis-jenis waxing kit DIY yang ada di pasaran. Jenis-jenis wax juga sangat berbeza. Cara penyedian dan wax yang anda pilih boleh mengurangkan kesakitan dengan sangat drastik ya.

Ini antara jenis-jenis waxing yang ada:

  • Soft wax
  • Hard wax

Soft wax adalah wax yang digunakan sekali bersama dengan non-woven waxing strip. Selepas kita sapukan soft wax ni di kulit, kita akan tekapkan non-woven waxing strip ni ke wax tersebut dan tarik strip bersama wax dan bulu kita tadi.

Soft wax ini lebih sesuai digunakan di bahagian seperti tangan dan kaki.

Hard wax pula digunakan secara sendiri. Hard wax ini selalunya disapukan terus kepada kulit selepas dipanaskan sedikit dan hanya ditarik apabila wax tersebut mula mengeras.

Hard wax ini pula lebih sesuai digunakan di bahagian seperti private parts, ketiak dan misai halus.

Antara soft dengan hard wax ni mana yang lagi sakit? Kalau anda jenis yang tak biasa atau baru nak bermula kedua-dua jenis wax ni lebih kurang je sakit dia.

Kalau anda nak cari wax yang paling kurang sakit, boleh guna Strange Sugar Waxing Kit.

Konsep Invisible Waxing Parlour ni sama macam soft wax, cumanya bahan asas wax dia adalah gula berbanding resin dalam soft wax yang biasa.

Satu lagi, dalam waxing kit ni ada dua formulasi berbeza iaitu Ultra firm plumping sugar dan Ultra firm soothing sugar. Boleh klik gambar di bawah kalau nak tahu lebih lagi.

Jadi apa alternatif buang bulu pilihan anda?

Sudah tentu ada lagi cara buang bulu lain yang kak Nita tak masukkan lagi dalam artikel ni (macam epilator dan electrolysis hair removal), tapi kak Nita percaya 3 alternatif yang kak Nita celotehkan ni adalah alternatif yang terbaik daripada bercukur.

Jadi yang mana satu pilihan anda?

Leave a Reply