Kak Nita dulu pernah mengalami masalah muka yang penuh dengan jerawat pasir. Jerawat pasir ni sering naik di bahagian pipi, dahi, hidung dan kadang kala di dagu. Walaupun tak kelihatan serius macam jerawat batu, tapi bila satu muka dah penuh dengan jerawat pasir halus ni rasa rimas betul, nak tengok cermin pun malas.
Jerawat pasir dalam bahasa Inggeris ni lebih dekat kepada masalah whitehead. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah individu masalah jerawat pasir selalunya adalah campuran diantara whitehead dan juga blackhead di muka.
Apa cara terbaik untuk hilangkan jerawat pasir di muka?
Cara terbaik untuk menghilangkan jerawat pasir di muka adalah dengan mempunyai rutin skincare yang mempunyai produk yang dipilih khas untuk jenis kulit muka dan masalah jerawat pasir.
Antara bahan aktif yang perlu ada di dalam produk dalam rutin skincare anda adalah seperti yang berikut:
- Benzoyl peroxide
- Alpha hydroxy acid (AHA)
- Salicylic Acid
- Sulfur
Apa yang menyebabkan jerawat pasir naik di muka?
Sebelum kita lihat dengan lebih mendalam macam mana nak membina rutin untuk menyelesaikan masalah jerawat pasir, kita perlu faham macam mana jerawat pasir boleh terbentuk.
Jerawat pasir adalah gabungan diantara whitehead dan juga blackhead. Kedua-duanya adalah diantara jenis-jenis jerawat.
Blackhead dan whitehead ni terbentuk apabila liang pori di muka kita terhalang atau tersumbat dengan kumpulan minyak, sel kulit mati dan juga bakteria.
Liang pori yang tersumbat dan masih terbuka dipanggil blackhead.
Liang pori yang tersumbat dan tertutup dipanggil sebagai whitehead ataupun close comedo.
Sekarang kita tahu punca jerawat pasir ni datang daripada mana. Jom kita tengok pula macam mana bahan aktif yang sesuai boleh menghilangkan jerawat pasir ni tadi.
Fungsi bahan aktif skincare dalam merawat jerawat pasir
Setiap bahan aktif mempunyai fungsi mereka yang tersendiri. Kak Nita lebih suka jelitawan sekalian faham akan fungsi setiap satu kerana ia akan memudahkan kita untuk membina rutin skincare sendiri.
Benzoyl Peroxide
Benzoyl peroxide ini akan membunuh bakteria penyebab jerawat, membantu mengawal minyak berlebihan di kulit muka dan juga membantu pengelupasan sel kulit mati lebih efektif. Sekaligus menjadikan bahan ini sangat berkesan dalam merawat jerawat.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang berkulit sensitif dan kering benzoyl peroxide mempunyai kesan seperti mengeringkan kulit, menyebabkan kulit kemerahan dan terasa pedih. Jadi pastikan jelitawan sekalian buat patch test dahulu sebelum mencuba.
Alpha Hydroxy Acid
Dua jenis AHA yang mudah dijumpai dalam produk skincare drugstore adalah glycolic acid dan juga lactic acid. Kedua-dua bahan ini membantu pengelupasan sel kulit mati dan mengurangkan rasa bengkak di kulit.
Bahan aktif ini juga membantu penumbuhan sel kulit baru sekaligus mengurangkan kesan parut jerawat dan menghasilkan kulit yang lebih mulus.
Salicylic Acid
Bahan aktif ini membantu dengan menghalang liang pori anda daripada tersumbat. Walaubagaimanapun, tak semua kulit muka sesuai menggunakan salicylic acid kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan kemerahan kulit bagi mereka yang berkulit sensitif.
Sulphur
Bahan aktif ini membantu pengelupasan sel kulit mati yang tersumbat dalam liang pori dan juga mengawal kandungan minyak berlebihan di kulit. Bagus dalam merawat jerawat pasir tetapi mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
Produk yang berkesan untuk menghilangkan masalah jerawat pasir
Sebelum tu, suka untuk kak Nita ingatkan bahawa masalah jerawat pasir memerlukan rutin skincare yang lengkap. Masalah jerawat tidak akan boleh dirawat untuk jangka masa panjang jika jelitawan sekalian tidak mempunyai asas skincare yang kukuh.
Mario Badescu Acne Facial Cleanser
Pencuci muka yang mempunyai kandungan salicylic acid yang membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat.
Caudalie Vinopure Clear Skin Purifying Toner
Toner yang membantu mengawal kandungan minyak berlebihan dalam kulit, juga mengandungi bahan aktif seperti salicylic acid untuk menghilangkan jerawat. Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kombinasi dan berminyak.