Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

Kalau anda mencari cara hilangkan parut jerawat yang paling selamat, percayalah yang kak Nita sendiri pernah mengalami masalah yang sama. Kak Nita kumpulkan semua kajian yang kak Nita baca dalam artikel ni sebagai nota untuk anda semua dalam menyelesaikan masalah parut jerawat di muka.

Apa itu parut jerawat?

Parut jerawat adalah apa yang ditinggalkan di muka selepas jerawat menyusut dan hilang. Selalunya bila muka kita ‘breakout’, liang pori yang membengkak akan mengubah struktur dan rupa kulit kita.

Perubahan tu boleh jadi dalam bentuk bintik-bintik merah di muka, hiperpigmentasi, muka berlubang (lekuk-lekuk dalam) atau menggerutu secara amnya.

Walaupun kecelaan ni datang dalam pelbagai jenis rupa, selalunya kita kelompokkan sekali sebagai bekas ataupun parut jerawat.

Macam mana parut jerawat ni boleh terbentuk?

Untuk betul fahami macam mana kita nak berdepan dengan masalah parut jerawat, kita kena kenal apa jenis parut jerawat yang kita ada terlebih dahulu.

5 jenis utama parut jerawat

Semua ni bergantung kepada jenis reaksi yang berlaku pada kulit anda ketika ia berjerawat.

Parut duri

Parut jerawat ni dipanggil duri sebab selalunya ia kelihatan seperti liang pori yang besar. Lubang ini dalamnya boleh sampai ke bahagian dermis kulit.

Ia juga kelihatan seperti lubang kesan daripada hasil cucukan benda yang tajam.

Macam mana parut duri ni boleh terbentuk?

Ia terbentuk apabila bila ada cela yang membengkak sampai ke lapisan kulit paling atas.

Bila cela mula surut dan sembuh, folikel akan jadi kosong sekaligus membentuk ruang lidi panjang sebegitu.

Parut berkotak

Berbanding dengan parut jerawat duri, parut jerawat berkotak ni lebih lebar dan luas.

Parut jenis ini kelihatan bersegi dan sebab itu ia dipanggail parut jerawat berkotak.

Macam mana parut berkotak ni boleh terbentuk?

Parut jerawat berkotak ni nampak lebih meluas sebab ada sebahagian tisu yang hilang di kawasan berparut.

Bila jerawat di kulit wajah menyembuh, kulit tersebut tidak mempunyai sokongan yang kukuh.

Ini menyebabkan kulit tadi tenggelam.

Parut berbukit

Parut jerawat berbukit ni selalunya rupa macam kulit yang berombak.

Parut jerawat berbukit ni selalunya tak dalam sangat, tapi sangatlah annoying sebab susah nak kaver kulit tak rata ni bila nak makeup.

Macam mana parut berbukit ni boleh terbentuk?

Parut ni terbentuk bila epidermis ditarik ke permukaan atas kulit. Tarikan ni datang daripada sambungan tisu diantara lapisan kulit yang teratas dan lapisan-lapisan lain di bawahnya sekaligus meninggalkan kesan berombak pada kulit.

Parut hyperthropic

Parut ni lain sikit daripada parut jerawat yang selalu kita tengok, parut jenis hyperthropic ni jenis yang timbul. Jarang sangat ada di muka, lebih kerap di bahagian badan. Dan kalau ada di muka pun tak besar sangat.

Macam mana parut hyperthropic ni boleh terbentuk?

Dalam kes parut jenis hyperthropic ni, dia datang apabila kulit wajah kita terlebih mengeluarkan kolagen. Sebab tu parut ni selalu menimbul dan tampak berketul.

OK kak Nita, tapi macam mana nak tahu saya ada parut jerawat yang mana?

Soalan yang bagus jelitawan! Cara paling senang untuk tahu adalah dengan lampu yang boleh diubah ‘angle’nya. Selalunya kak Nita akan gunakan lampu meja yang tengkuk yang bengkok-bengkok tu.

Bila depan cermin, kak Nita akan ubahkan ‘angle’ pencahayaan dan daripada situ kita boleh nampak kedalaman dan tentukan jenis jerawat yang kita ada.

Selalunya, jenis jerawat kita adalah campuran pelbagai jenis parut jerawat.

3 cara hilangkan parut jerawat yang anda boleh cuba daripada rumah

Cara yang kak Nita sampaikan dekat sini adalah cara hilangkan parut jerawat yang kak Nita gunakan sendiri dan juga yang kak Nita dapat daripada kawan dan keluarga kak Nita.

1. Kombo lemon + minyak kelapa + serbuk penaik

Kenapa selalunya, tips kecantikan ni banyak guna lemon? Sebabnya, lemon ni ada asid alpha hydroxy  (AHA) yang membantu pengelupasan sel kulit mati dan merangsang kulit untuk mempercepatkan proses pemulihan kulit. Anda semua jangan melenting pulak tengok perkataan asid ni, tak semua asid ni bahaya tau.

Minyak kelapa pulak adalah antara pelembap kulit semulajadi yang terbaik. Tambahan lagi minyak kelapa ni ada sifat anti-bakteria, jadi dia boleh menghalang daripada kulit kita mendapat jerawat baru.

Serbuk penaik dalam campuran ni pulak berfungsi untuk mengawal kulit kita daripada terlebih mengeluarkan minyak.

Bahan-bahan yang anda perlukan:

  • Jus lemon – 3 sudu teh
  • Serbuk penaik – 3 sudu teh
  • Minyak kelapa – 3 sudu teh

Cara penyediaan:

  1. Campurkan sekali semua bahan-bahan tadi dalam bekas kecil.
  2. Bila dah sebati, sapukan dengan cotton ball ke muka anda, elakkan daripada bahagian bawah mata.
  3. Urut muka perlahan-lahan dengan gerakan membulat.
  4. Biarkan ia di muka anda selama sejam.
  5. Bilas dengan air suam dan perlahan keringkan muka anda dengan tuala.

2. Kombo oatmeal + madu +minyak kelapa

Kombo ni adalah cara hilangkan parut jerawat yang paling sesuai dengan mereka yang mempunyai kulit sensitif. Sebabnya, oatmeal ni mempunyai saponin yang mana adalah pembersih muka semulajadi. Saponin ni membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak daripada muka anda.

Madu adalah bahan yang kak Nita rasa sangat superstar dalam kombo ni, madu ni bukan sahaja mempunyai sifat anti-bakteria, tapi mampu mengekalkan kelembapan kulit dan mempercepatkan proses pemulihan kulit.

Minyak kelapa sekali lagi kak Nita terangkan adalah antara pelembap kulit semulajadi yang terbaik. Tambahan lagi minyak kelapa ni ada sifat anti-bakteria, jadi dia boleh menghalang daripada kulit kita mendapat jerawat baru.

Bahan-bahan yang anda perlukan:

  • Oatmeal – 2 sudu besar
  • Madu – 1 sudu besar
  • Minyak kelapa – 2 sudu besar
  • Air – setengah cawan

Cara penyediaan:

  1. Rebus oatmeal bersama setengah cawan air.
  2. Keluarkan oatmeal dan tunggu sehingga oatmeal sejuk dahulu.
  3. Campurkan madu dan minyak kelapa bersama oatmeal.
  4. Urutkan sikit-sikit campuran sebati tadi ke muka anda.
  5. Biarkan selama 30 minit di muka anda.
  6. Bilas muka dengan air suam dan perlahan keringkan muka anda dengan tuala.

3. Kombo susu + gula perang + minyak kelapa

Susu di sini mempunyai yang sama dengan lemon, sebab susu mempunyai asid laktik yang membantu pengelupasan semulajadi kulit. Sekaligus menghilangkan juga cela di kulit.

Gula perang pula membantu membuang sel kulit mati yang degil nak melekat dekat muka kita. Kenapa gula perang? Sebab gula ni lebih halus daripada gula yang kita biasa guna di dapur.

Minyak kelapa pula adalah untuk memastikan kurang jerawat baru yang nak naik nanti.

Bahan-bahan yang anda perlukan:

  • Gula perang – 1 cawan
  • Susu – 1 sudu besar
  • Minyak kelapa – Setengah cawan

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan sebati gula perang, susu dan minyak kelapa dalam bekas kecil.
  2. Sapukan sebatian rata ke muka anda.
  3. Urut perlahan bahagian yang berparut.
  4. Biarkan ia selama 30 minit.
  5. Bilas dengan air suam dan perlahan keringkan muka anda dengan tuala.

Kesimpulan: Apa cara hilangkan parut jerawat yang terbaik?

Cara hilangkan parut jerawat paling selamat adalah untuk anda menggunakan bahan ataupun produk berasaskan semulajadi.

Sebelum tu, kalau anda jerawat yang sedang merah membengkak, elakkan daripada menggunakan tips yang kak Nita kongsikan di sini. Sebab untuk jerawat aktif, ada cara lain untuk hilangkannya. Boleh rujuk artikel cara hilangkan jerawat.

Leave a Reply