4 Tabiat Untuk Elak dan Hilangkan Jeragat Degil Dengan Efektif

Kau nak tahu rahsia cara hilangkan jeragat yang berkesan tak? Tegur Siti.

Alamak sejak bila aku ada jeragat ni?

Pernah tak tengok cermin dan perasan ada something yang tak kena dengan muka anda?

Ataupun kalau anda macam Kak Nita dulu, banyak sangat imperfection kat muka sampai tak tahu mana satu jerawat, mana satu parut jerawat ataupun jeragat sebenarnya.

Keliru dengan banyak sangat fakta yang berputar belit berkenaan jeragat?

Betul ke memang tak ada cara hilangkan jeragat ni, memang tak akan boleh hilang sampai kita mati?

Apa beza jeragat dengan jerawat ni sebenarnya? Ke tak ada beza?

Kalau anda ada soalan macam ni dalam kepala anda, teruskan membaca — sebab Kak Nita dah compilekan artikel semua pasal jeragat ni untuk anda jelitawan sekalian.

Apa jeragat ni sebenarnya?

Sebelum anda semua Whatsapp Kak Nita tanya “Kak ini jeragat ke?”, eloklah kita mulakan artikel ni dengan fahamkan dahulu apa itu jeragat sebenarnya.

Kalau anda jenis skema dan nak tahu definisi betul jeragat adalah:

bintik-bintik (atau tompok-tompok) gelap pada muka.

Vague sikit kan?

Oleh kerana maksud kata jeragat ni meluas, penggunaan kata jeragat tidak spesifik kepada satu masalah kulit.

Sebaliknya perkataan jeragat selalu digunakan untuk melabelkan 2 masalah kulit yang berikut:

1. Seborrheic keratosis

Payah betul nak eja masalah ni. Walaupun begitu, masalah ini tidak berbahaya seperti bunyinya.

Seborrheic Keratosis rupanya sedikit timbul dan berwarna lebih perang dan gelap daripada kulit sekitarnya.

Oleh kerana sifatnya yang timbul juga, masalah ni sering dilihat dan dilabelkan sebagai tahi lalat hidup.

2. Melasma

gambar melasma di muka

Contoh melasma di muka

Melasma ni rupanya macam tompok hitam atau kelabu, selalunya leper dan kelihatan seperti berada di bawah kulit. Jeragat selalu ada pada dahi, pipi, hidung dan sekitar kawasan mulut.

Oleh kerana tompok ini selalunya lebih gelap daripada kulit biasa, ia akan menampakkan kulit mempunyai tona yang tidak sekata.

Mengikut pengalaman Kak Nita, 90% daripada orang yang ada masalah jeragat, mempunyai masalah melasma ni.

Jadi, untuk bahagian artikel ni Kak Nita akan lebih banyak bercakap mengenai masalah melasma ni.

4 faktor penyebab jeragat (melasma)

Jeragat (melasma) ni lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki. Hanya 10% mereka yang mempunyai masalah melasma ni adalah lelaki.

Melasma juga mempunyai perkaitan dengan genetik, bermakna kalau kita ada ahli keluarga yang ada masalah jeragat (melasma), kita akan lebih cenderung untuk ada masalah ni juga.

Jeragat ni juga lebih banyak didapati di mereka yang mempunyai kulit sawa matang dan gelao berbanding daripada mereka yang mempunyai kulit cerah.

Jadi apa penyebab jeragat ni sebenarnya?

Ada tiga perkara yang ramai pakar dermatologi bersetuju untuk penyebab jeragat ni.

1. Terdedah kepada banyak sinar matahari (sinar UV)

Sinar UV daripada matahari meningkatkan kadar pembentukan melanin daripada melanocytes dalam kulit.

Kalau masa musim panas matahari terang benderang dan kita selalu keluar dan terdedah scara terus kepada sinar UV, dia boleh menambahkan kegelapan pada jeragat yang hampir pudar.

Inilah antara sebab kenapa ramai wanita di Asia Tenggara ramai di antara mereka mempunyai masalah jeragat dan memerlukan langkah proaktif dalam menyelesaikannya.

2. Perubahan hormon dalam badan

Ya, perubahan hormon boleh menyebabkan pembentukan jeragat, sebab itulah wanita mengandung mempunyai kebarangkalian yang besar untuk dapat jeragat. Jeragat di kalangan wanita mengandung ni dipanggil chloasma.

Aktiviti lain yang mengganggu hormon anda seperti pengambilan pil perancang kehamilan dan terapi penggantian hormon juga akan menambah kebarangkalian untuk membentuk jeragat.

Dalam kebanyakan kes kalau daripada mengandung, jeragat ni selalunya akan hilang sendirinya selepas melahirkan bayi, tapi ada jugak dalam sesetengah kes dia akan kekal.

3. Produk kecantikan yang SALAH

Kadang-kadang muka dah elok tak ada jeragat, tapi dapat jeragat sebab pakai produk kecantikan yang mengandungi bahan yang berbahaya.

Terutamanya bahan yang makan kulit, jenis yang menipiskan kulit untuk memberikan kesan pencerahan yang cepat tapi sementara.

Yang ni, yang paling kerap Kak Nita jumpa di kalangan mereka yang selalu mintak pendapat daripada Kak Nita untuk cara hilangkan jeragat.

4 tabiat yang bagus untuk mencegah jeragat

Sebelum Kak Nita ceritakan dengan lebih lanjut cara hilangkan jeragat, kita tengok dulu tabiat yang perlu dibentuk seeloknya untuk mencegah jeragat.

1. WAJIBkan diri pakai sunscreen

Sekarang kita dah tahu yang cahaya matahari boleh trigger pembentukan jeragat ni, oleh kerana kita tak boleh nak duduk dalam bangunan je seumur hidup eloklah kita mulakan tabiat memakai sunscreen setiap kali kita keluar rumah.

Ya betul, asalkan kita keluar siang, tak kira mendung macam mana pun pastikan kulit muka dan kulit terdedah yang lain dipakaikan dengan sunscreen.

Untuk cuaca dekat Malaysia ni, pastikan sunscreen yang kita pakai tu mempunyai Sun Protection Factor (SPF) 30 dan ke atas.

Seeloknya pakai sunscreen 15 minit sebelum keluar rumah dan touch up balik sunscreen kita tadi setiap 2 jam.

2. Pakai topi besar dan cermin mata hitam

Kalau anda akan berada di kawasan outdoor untuk jangka masa yang panjang (lebih dari sejam) eloklah memakai topi ala-ala Queen of England dan juga cermin mata hitam.

Kalau boleh elakkan duduk di tengah panas terik matahari, cari teduhan supaya kulit anda tidak terkena cahaya matahari secara terus.

3. Elakkan daripada waxing

Kalau anda dalam misi untuk menghilangkan jeragat pada muka, tangguhkan dulu sesi waxing tu.

Sebab apa? Waxing boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan boleh menjadikan jeragat kita lebih teruk.

4. Pilih produk kecantikan yang selamat

Kak Nita boleh sembang panjang lebar untuk topik ni, tapi untuk kepadatan artikel cara hilangkan jeragat ni Kak Nita cadangkan cari produk yang tidak menyebabkan kulit anda rasa pedih dan gatal.

Jangan pakai produk (termasuk kosmetik dan pencuci muka) yang kita rasa kasar dengan kulit kita.

Satu lagi, bila pilih kosmetik, terutamanya foundation, jangan pilih yang berminyak, sebab dia boleh menyebabkan liang pori anda tersumbat.

Kalau dah reti pakai make up, pastikan berus make up yang digunakan sentiasa dibersihkan dengan cara yang betul, kalau tak nanti jadi tempat pembiakan bakteria tau.

Produk terbaik untuk hilangkan jeragat degil di muka

Banyak produk yang ada di luar sana yang menjanjikan produk mereka dapat menyelesaikan masalah jeragat.

Masalah yang paling besar adalah terlampau banyak di antara produk-produk di luar sana yang merbahaya dan tak menyelesaikan masalah jeragat pun. Merosakkan muka ada la.

Jadi Kak Nita, macam mana kita nak bezakan dengan produk yang betul genuine?

Untuk produk hilangkan jeragat, ada beberapa perkara yang anda perlu semak sebelum beli.

1. Elak produk jeragat yang ada paraben.

Paraben adalah bahan kimia yang digunakan dalam produk kecantikan, fungsinya adalah untuk menjadikan produk kecantikan tahan lebih lama.

Ada kajian yang menunjukkan paraben menyerupai hormon estrogen dalam badan. Ingat ketidakstabilan hormon boleh merancakkan lagi penampakan jeragat? Jadi bila ada paraben, lagi susah jeragat kita untuk hilang.

Paraben juga pernah dijumpai dalam kanser payu dara, walaupun tidak pernah ada bukti konklusif yang paraben boleh menyebabkan kanser — Kak Nita lebih suka pendekatan baik selamat daripada merana.

2. Campak produk jeragat yang ada merkuri jauh-jauh!

Merkuri adalah logam berat. Dan ia adalah bahan yang toksik dan racun berbahaya.

Kenapa dah tau bahaya tapi masih lagi nak letak merkuri dalam produk?

Merkuri dalam kosmetik boleh memberikan efek sementara yang kulit anda kelihatan bersih dan berseri.

Tapi kesan toksiknya adalah merkuri memusnahkan buah pinggang dan menyebabkan masalah gastrointestinal.

Merkuri boleh berkumpul dalam otak dan merosakkan sistem saraf. Menjadikan mereka yang diracuni hilang memori, lemah badan dan dalam kes yang kritkal, lumpuh seluruh badan.

Jadi sebelum beli, baca dulu reviu online, ada tak orang claim yang produk ni bahaya ada merkuri? Semak dengan KKM.

Merkuri ni jugak ada nama sinonim dia, calomel, mercurous chloride, mercuric dan mercurio. Jumpa nama-nama ni dalam senarai ingredient?

Tangkap gambar dia bagi Kak Nita (nak buat list produk bahaya), lepas tu campak jauh-jauh.

3. Jangan suka-suka pakai produk ada hidrokuinon  (Hidroquinone)

Hidrokuinon adalah bahan kimia yang digunakan untuk melambatkan aktiviti melanocytes, sel yang menghasilkan melanin.

Memberikan efek kulit anda kelihatan cerah dan putih kemerah-merahan.

Jika digunakan dalam kuantiti yang salah dan tanpa pengawasan dermatologist, penggunaan hidrokuinon adalah sangat bahaya.

“Kandungan hidrokuinon yang digunakan oleh dermatologist selalunya tidak lebih daripada 4% dan penggunaan tidak melebihi 6 bulan. JANGAN PAKAI tanpa pengawasan dermatologist.”

Hidrokuinon menjadikan kulit lebih mudah terdedah kepada alahan, senang mendapat jangkitan, dan sangat sensitif kepada cahaya matahari.

Hasilnya, akan menjadikan kulit anda lebih nipis, lebih mudah mendapat jerawat dan kulit terasa pedih bila disentuh.

Sekaligus boleh mengembalikan jeragat dalam kuantiti yang lebih banyak.

Kesimpulan: Cara hilangkan jeragat?

Ingat, jeragat bukanlah kondisi yang kekal selamanya, ia boleh diubati.

Pada masa yang sama, selain daripada masalah rupa jeragat tidak mendatangkan masalah kesihatan yang lain.

Kalau ada masalah jeragat, Kak Nita cadangkan untuk adakan dahulu tabiat melindungi kulit dengan produk sunscreen.

Kulit yang tak dilindungi daripada sinar UV dengan betul, buatlah treatment mahal macam mana pun, jeragat akan terbentuk balik bila tak dilindungi.

Ingat cari produk hilangkan jeragat yang BEBAS merkuri, paraben dan hidrokuinon dan pastikan produk tersebut mempunyai kelulusan daripada KKM.

3 replies on “4 Tabiat Untuk Elak dan Hilangkan Jeragat Degil Dengan Efektif

Leave a Reply